CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Apa Pula Sumbangan Anda Kpd Negara?" Tanya Permaisuri Johor Kpd Netizen Yg Kecam Atlet Negara

15-8-2016 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7100| Komen: 19|Original author: Oleh : TS LOO

sumber foto: laman facebook Raja Zarith Sofiah



Susulan Singapura memperolehi pingat emas pertama di Olimpik Rio 2016, kebanyakan netizen mula mengecam keupayaan atlet negara kita yang ke olimpik.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkongsi satu status yang ditulis oleh salah seorang netizen dan bertanya kepada netizen terbabit, " Apa pula sumbangan anda terhadap negara?"

Dalam perkongsian itu, Raja Zarith Sofiah menyatakan apabila negara jiran memperolehi pingat, rakyat Malaysia sepatutnya tidak mengecam negara sendiri. Biarpun negara kita tiada seorang pun menerima pingat emas, namun masih ramai lagi ahli sukan yang membawa kebanggaan kepada negara, contohnya seperti ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.


Status tersebut turut menyentuh tentang kritikan yang tidak bertanggungjawab yang ditulis oleh netizen. Sekiranya dibaca oleh para atlet negara, mereka akan beranggapan segala usaha dan pengorbanan yang selama ini mereka lakukan akan dilupakan apabila mereka gagal memenangi pingat dalam pertandingan yang disertai.

Tidak dinafikan membuat kritikan di hujung jari memang tindakan yang mudah, namun apa sumbangan yang telah anda lakukan kepada negara di pentas dunia?

Setelah status tersebut dikongsikan, diharapkan dapat memberi kesedaran buat mereka yang kuat mengkritik atlet negara.

Bagi penulis, peluang masih ada lagi, apa yang penting kita semua rakyat Malaysia harus menyokong semua atlet negara tanpa mengira, masa, tempat dan bangsa.- CARI



sumber foto: http://www.mstar.com.my/




54

Bagus
25

Marah
21

Terkejut
33

Sedih
43

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (215 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-8-2016 01:03 PM
ygtau mengutuk cum atau makan sampai buncit perut..

x bg sumbangan pape kat negara melainkan penyakit 3 serangkai semata..
Quote missinpiece 15-8-2016 01:04 PM
Rakyat Malaysia ni keje mencari salah org jela yg pandai..diri sendiri langsung x berkutik pe
Quote Artemesiaa 15-8-2016 02:14 PM
Well said sendiri pun tak ada anak atau adik beradik yang layak masuk Olympic gigih tahu nak mengutuk je.  Tapi pengorbanan mereka sebelum layak ke Olympic pasti ramai yag tak tahu.  Macam mana mereka terpaksa banyak menghabiskan masa untuk latihan berjam2 sampai kadang2 tak berpeluang untuk lama2 dengan keluarga dan rakan2 atau di musim perayaan tu pasti ramai yg tak nak ambil tahu.
Quote mystica 15-8-2016 02:48 PM
Biasa la keyboard warrior
Quote -electrifying- 15-8-2016 04:47 PM
xyah dilayan org mcm tu sis
Quote fair_iza 15-8-2016 06:07 PM
tahu complain je.
Quote missus_meow 15-8-2016 07:03 PM
part mengutuk ramai yg hebat ... jiwa kaco tu.
Quote CrowneGlory 15-8-2016 09:16 PM
Pass baton..lps anak..bapak ..pastu mak balik...pastu anak balik....bapak ..gitula
Quote merrissa 15-8-2016 10:05 PM
alah kalo mengutuk adalah olympic......aku rasa belom tentu rkyat malaysia menang gak.....
Quote estrelle 16-8-2016 01:01 AM
Pernah jadi peserta olimpik pon satu krbanggan even tak menang.tipikal keybod warrior.
Quote jejaka_hensem 16-8-2016 01:41 AM
gst,income tax sume tu tak dikira sumbangan utk negara ke?
Quote Hessa 16-8-2016 03:58 AM
klau ckp psl sumbangan kita sbb kita bayar cukai..dato LCW dgn nicol david tu pun lagi bnyk cukai yg dia sumbangkan pada negara jugak..ditambah dgn sumbangan kudrat diorg menempa nama di luar negara smpai satu dunia kenal dia,masuk olympic,which is bukan semua rakyat mampu lakukannya..nak main sukan ni pun kena berduit jugak mcm kita pg belajar kan...yg mengutuk ni setakat makan gaji bulan2..xde kerja amal sukarelawan dibuat..klau msia organize sukan2 ni pun,i percaya yg mengutuk tu bukan pg jd sukarelawan pun..sbb org mcm ni nak mengutuk je..kalaupun ada, boleh dibilang dgn jari je..
Quote PEPPERMAN 16-8-2016 08:00 AM
errrr.... Sumbangan saya pula adalah kekal konsisten mengundi BN agar Najib Razak kekal sebagai PM yang akan menjadikan seluruh negara hidup bahagia tanpa perang.

Boleh gitu?
Quote razzmat 16-8-2016 11:51 AM
sumbangan saya membayar CUKAI tiap kali beli barang dan setiap tahun BAYAR CUKAI walaupun diri terseksa kaya 1 hari miskin 29 hari
Quote ALWAYSREDA 16-8-2016 12:00 PM
Dalam media sosial beranilah komen ikut sesedap rasa...ialah sapa kenal....setakat nama dan gambar, entah betul ke tak. Selalunya individu macam ni....bila bercakap depan2....terkujat...terkebil2...habis keluag semua peluh jantan. itulah dia keyboard warrior.
Quote ejans 16-8-2016 03:07 PM
Eh pemaisuri ni nak pertikaikan org lain punya sumbangan... kita yg slalu aminkan kesejahteraan hodup diornag time solat jumaat pon bagi ko sumbangan pe...
Hidup menongkat dagu.... ko ingat sumbangan tu hanya pakai duit or bakat jer kee. Semua org ada sumbangan.nampak or tak jeee... walopon aku pon sakit hati dgn keyboar warrior tu. Tp ayat pemaisuri ni taleh blah
Quote violet1212 16-8-2016 03:38 PM
tak pe lah.. emas pun bukan boleh ubah hidup kita.. kita still mkn gaji n gaji naik ciput je...
haahahhaha lol
Quote Rorra 16-8-2016 08:45 PM
mystica replied at 15-8-2016 02:48 PM
Biasa la keyboard warrior

Bak kata paknil, keyboard loser.
Quote uniq61 17-8-2016 11:12 AM
DAH JADI BUDAYA ORANG MALAYSIA YANG SUKA MENGKRITIK NEGARA SENDIRI...MEMANG TAK ADA SEMANGAT KESUKANAN ATAU KENEGARAAN. ELOK HALAU JE MEREKA KE NEGARA YANG MEREKA SUKA JE.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.227091 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top