Oleh Izzah Abbasy
Pelbagai cara dan produk telahpun anda cuba. Namun, ia langsung tidak memberi kesan hilang buat stretch mark atau kesan regangan pada kulit. Apatah lagi jika baru melahirkan anak, pasti kesan regangan tersebut tampak jelas sangat. Kadang-kadang malu pula dengan suami. Ia sebenarnya tanda normal pada setiap ibu yang bersalin. Stretch mark ini juga biasa dialami oleh ibu yang mengandung. Ada juga yang mengenalinya sebagai perut berakar dengan garis-garis putih, merah mahupun coklat di permukaan kulit perut, peha dan tempat-tempat yang berlemak. Telur dikatakan mempunyai khasiat yang baik untuk kulit terutama dalam mengatasi masalah stretch mark. Betul ke? Ha, wajib cubalah. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghilangkan stretch mark dengan menggunakan putih telur. Selamat mencuba! 1. Pecahkan dua biji telur dan asingkan antara kuning telur dengan putih telur. Untuk menghilangkan stretch mark anda hanya memerlukan putih telurnya sahaja. Kemudian, kacau putih telur tersebut, tak perlu terlalu lama. 2. Sapukan putih telur tersebut pada kawasan stretch mark. 3. Biarkan putih telur tersebut mengering pada kulit. Kemudian, bila dengan air sejuk dan sebaiknya keringkan menggunakan tuala. 4. Titiskan minyak zaitun pada tempat stretch mark dan urut perlahan-lahan bagi memastikan peredaran darah berjalan dengan lancar. Kalau boleh lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Sumber: OMM |
22
Bagus |
22
Marah |
16
Terkejut |
29
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ilysm replied at 31-8-2016 11:38 AM
aii guna azanis. so far sekarang ni dh mkin pudar strechmark tu. kko x garis2 tu nampak terang gile. ...
ADVERTISEMENT