Seorang lelaki dikecam hebat oleh netizen gara-gara menyatakan bahawa sejarah Bukit Kepong diserang komunis sebenarnya telah diselewengkan fakta sebenar. Status yang "bikin panas" itu dimuat naik di laman Facebook berbunyi seperti ini : "Sejarah Bukit Kepong telah diselewengkan faktanya... Sebenarnya pihak komunis telah diarahkan oleh seorang Melayu berpangkat tinggi dlm komunis iaitu Mat Indera untuk menangkap anggota2 polis yang mabuk dan berbuat maksiat pada malam tahun baru Cina. Tapi anggota-anggota komunis tidak mengikut arahan Mat Indera, mereka membunuh semua anggota polis dan membakar balai polis Bukit Kepong. Bila dapat tahu hal itu Mat Indera telah datang ke balai polis untuk memberi bantuan kepada anggota polis yang cedera. Yang kat TV tu tipu".
Ini pula antara komen netizen mengenai status lelaki tersebut. Umum mengetahui pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi, balai polis Bukit Kepong telah diserang segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP). Berikut adalah senarai yang gugur dalam pertempuran di Bukit Kepong. Anggota Polis Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong) Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong) Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad Polis Bantuan / Auxiliary Police Ins. Kudarina Naknok AP 2130 Samad bin Yatim AP 1912 Mahmud bin Sa'at AP 1925 Ali bin Akob AP 2127 Othman Yahya Keluarga Anggota Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis AP 2098 Redzuan bin Alias Embong bin Lazim Mendiang Koh Ah Cheng Kisah tragedi menyedihkan itu telah difilemkan sebagai mengenang jasa-jasa pejuang tanah air yang telah terkorban mempertahankan maruah negara. Filem arahan Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan itu menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara. Namun malangnya, masih ada juga individu yang menyatakan fakta sejarah pertempuran di Bukit Kepong adalah satu penipuan. Masih adakah sifat patriotisme didalam diri pengkritik seperti ini? Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kerana negara kita telah diberi keamanan sejak merdeka pada tahun 1957. Andai ada yang tidak tahu berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan negara, jangan lah pula cuba menjadi langau yang merosakkan pemikiran masyarakat yang cintakan negara. - CARI Sumber - warisandarahperwira/wikipediaorg |
19
Bagus |
33
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
10
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 16-8-2016 05:17 PM
Nk ckp polis kepong merewang malam tahun baru cina akak tak nampak asasnya...tapi nak cakap mereka ...
revolusi_30 replied at 16-8-2016 05:17 PM
Nk ckp polis kepong merewang malam tahun baru cina akak tak nampak asasnya...tapi nak cakap mereka ...
cuba tanya dia kenal mat sabu x
ADVERTISEMENT