CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Boikot Tikar Plastik Murah! Rupanya Beracun & Berisiko Kanser Payudara

16-8-2016 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17289| Komen: 41|Original author: Oleh Izzah Abbasy

Disebabkan harga yang murah, ringan dan mudah didapati, tikar plastik dengan dihiasi pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak Upin Ipin, Angry Birds dan lain-lain menarik perhatian pelanggan membelinya.

*Tikar plastik ini juga dikenali tikar Evamatic

Kelebihannya yang kalis air juga menyebabkan tikar plastik berukuran antara satu meter kali dua meter atau empat meter kali lima meter yang dijual pada harga RM10 hingga RM45 sekeping sering menjadi pilihan kegunaan di rumah sebagai pengalas tempat duduk.

Foto : almariku2u.blogspot.com

Pasti ramai yang tidak tahu risiko bahaya yang menanti mereka disebabkan kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.

Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan.

Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.

Pakar Toksikologi PUsat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.



Jika anda perasan, kesan paling ketara yang boleh dirasai oleh orang dewasa apabila baring di atas tikar berkenaan ialah mereka akan berpeluh kerana ia merupakan tindak balas kimia.

Sudahlah pengeluar merahsiakan kandungan sebenar tikar berkenaan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah menerusi sambutan tinggi daripada pembeli.

Justeru, jangan lengah lagi, elakkan membeli tikar plstik ini. Lebih selamat boikoi terus. - CARI

Sumber : HMetro

33

Bagus
39

Marah
37

Terkejut
31

Sedih
27

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (198 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak 16-8-2016 05:18 PM
macam2 lahhh...akak dah buang sbb dah koyak eheh
Quote Tapayana 16-8-2016 05:50 PM
rasa panas bila baring atas tikar tu
Quote nut.legacy 16-8-2016 06:43 PM
Bekas makanan pn? Alamak
Quote pr3ttytw33ty 16-8-2016 06:47 PM
aku ade tikar ni. letak bwk meja mkn. setakat pijak2, leh kena jgk kanser ke. bnda alah ni dh lama jual kn, baru skrg nk ckp marabahaya segala
Quote makneng 16-8-2016 07:35 PM
pr3ttytw33ty replied at 16-8-2016 06:47 PM
aku ade tikar ni. letak bwk meja mkn. setakat pijak2, leh kena jgk kanser ke. bnda alah ni dh lama j ...

Ha br nak komen juga,  kalo duduk2 kejap2 n pijak2 blh kena kanser nenen gak ke?  
Quote pr3ttytw33ty 16-8-2016 07:41 PM
makneng replied at 16-8-2016 07:35 PM
Ha br nak komen juga,  kalo duduk2 kejap2 n pijak2 blh kena kanser nenen gak ke?

kalo baring sgt cepat berpeloh katenyer. dh name pn plestik. harus lah berpeloh kn. baring atas tikar getah pn berpeloh jgk. takat duduk kejap2 pijak2 tarapapa lah. bkn nye kite gesel2 nenen atas tu pon
Quote makneng 16-8-2016 07:43 PM
pr3ttytw33ty replied at 16-8-2016 07:41 PM
kalo baring sgt cepat berpeloh katenyer. dh name pn plestik. harus lah berpeloh kn. baring atas ti ...

Kuennnn..rengsa gak gesel2 nenen atas tikor ni...meolls buat pijak2, kalo baring pun,  berlapikkan toto.  
Quote fuyupoktek 16-8-2016 08:37 PM
Btol ke news ni ? Sian acik2 jual tika ni kat pasar demi sesuap nasik. Adeee ajelah yg tak kenanyaaa
Quote DeeHanania 16-8-2016 08:55 PM
fuyupoktek replied at 16-8-2016 08:37 PM
Btol ke news ni ? Sian acik2 jual tika ni kat pasar demi sesuap nasik. Adeee ajelah yg tak kenanyaaa

Jom kita guna tikau daun mengkuang lak...
Quote noell 16-8-2016 09:30 PM
abeh kalo org jantan dok guling2 atas dia pun kena kanser buah dada ka camna??

esok kena bakar semua
Quote pearl.silver 16-8-2016 10:30 PM
Xsuka tikar tu..klu baring x pki baju nnt rasa melekat2 kt plastik die
Quote gigahertz 16-8-2016 10:57 PM
pr3ttytw33ty replied at 16-8-2016 11:41 AM
kalo baring sgt cepat berpeloh katenyer. dh name pn plestik. harus lah berpeloh kn. baring atas ti ...

mana tahu suami penat balik kerja isteri dengan gstring atas tikar .....abangggggggh
Quote znorm 17-8-2016 06:52 AM
Penyerapan BPA melalui kulit lebih berbahaya berbanding oral. Thermal paper macam resit yg bila kita scratch jadi dark mark tu pon ada BPA. Hand sanitizer, moisturisers worsen the matter - lagi senang BPA meresap melalui kulit. So, gugel la cara detoks dan meminimakan pendedahan kpd benda alah ni utk kebaikan diri sendiri dan anak2 terutamanya...
Quote Super-M 17-8-2016 08:38 AM
znorm replied at 17-8-2016 06:52 AM
Penyerapan BPA melalui kulit lebih berbahaya berbanding oral. Thermal paper macam resit yg bila kita ...

Mungkin awak boleh buka tred pasal ni kat bod perubatan, berguna sgt ni. Sebab aku sendiri pun kurg info pasal ni. Setakat polistren pinggan melamine tu tahu lah. Nnti sm suruh mod bg tacang lebih.
Quote estrelle 17-8-2016 09:15 AM
Kat tadika taska banyak pakai tikar camni
Quote chinta89 17-8-2016 09:27 AM
x pyh ckp pasal tikar rege 10 hengget ni penyebab kanser bagai la.. penyebab sakit  itu ini lah.

ce tgk pemakanan sudah lah.. hari2 bedal mknan ape?

ahad-pizzahut
isnin-kfc
selasa-mcd
rabu-dominos pizza
khamis-tutti frutty
jumaat-kenny rogers
sabtu-secret recipe

dah tu bedal mcm ni punya makanan agak2 hidup sihat ke??

ape lagi selain tikar yg bahaya? cuba tgk sdiri d rmh ape yg x bahaya.

lps ni jgn pakat guna kete. asap yg kua dari ekzos tu bahaya noks!
Quote BebeQ 17-8-2016 09:32 AM
pr3ttytw33ty replied at 16-8-2016 07:41 PM
kalo baring sgt cepat berpeloh katenyer. dh name pn plestik. harus lah berpeloh kn. baring atas ti ...

pemanahaman i yang ni tikar yg murah yang rm10-rm45 tu kan?
i penah beli tikar budak2 tapi mahal sikit la dari rm45 tu. dia tak panas pun kalau baring2. i confused sama ke bahayanya?
Quote uniq61 17-8-2016 11:03 AM
ADA PIHAK NEGARA BARAT BERI BANTUAN KEMANUSIAAN SERUPA INI KEPADA NEGARA ISLAM.
Quote Artemesiaa 17-8-2016 11:28 AM
Nasib tak berminat nak beli tikar plastik ni.  Rasanya ramai parents yang suka beli sebab ia agak tebal berspan kurang le impact kalau anak mereka jatuh tersembam.  Ala2 nak bertikar bagai beli je le tikar mengkuang boleh bantu industri kampung sejuk pun ya.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top