|
Oleh : TS LOO Beberapa destinasi pelancongan terkemuka Thailand diancam letupan bom baru-baru ini, terdapat khabar angin yang menyatakan, kad sim dan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom itu adalah berasal dari Malaysia. Bagaimana pun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menafikannya. Beliau memaklumkan, pihak berkuasa Thailand belum menemukan sebarang bukti kukuh menunjukkan kad itu berasal dari Malaysia. Tambah beliau, setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu namun kad SIM yang digunakan oleh penjenayah berkenaan tidak memiliki ciri tersebut. Walau bagaimana pun, tegas beliau, siasatan belum selesai sepenuhnya dan ianya akan diteruskan.- CARI
sumber berita : Bernama
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.201670 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.