CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makna Pemberian Bunga Ros Kepada Si Gadis Mengikut Warna

17-8-2016 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12624| Komen: 5

Oleh Izzah Abbasy

Wanita jika dihadiahkan dengan sejambak bunga, mulalah tersenyum sampai ke telinga. Lumrah jadi wanita yang sukakan bunga kerana menganggap bunga mempunyai nilai yang tinggi selain cantik dan hadiah paling disukai.


Jika anda perasan, kebiasaan anda akan menerima bunga ros bukanlah berwarna merah sahaja. Kadang-kadang warna putih, kuning, ungu, merah jambu dan lain-lain. Betul tak? Terfikir jugalah apa makna di sebalik setiap bunga ros yang berlainan ini kuntuman bunga yang diberikan.

Pemberian bunga ros memang sinonim untuk melambangkan tanda cinta, kasih sayang dan menghargai kepada si penerima.


Si pemberi juga perlu mengetahui warna dan bilangan bunga ros yang diberi. Kalau tersalah tafsir susah pula nanti. Nah, selidik warna bunga ros yang anda terima. Kena tak dengan pemberian itu?

1. Bunga Ros Merah

Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi.


2. Bunga Ros Merah Jambu (Pink)


Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Kuning

Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan pada hari perkahwinan.

5. Bunga Ros Ungu

Biarpun memberi atau menerima bunga ros ungu bukan sesuatu yang sering kita lihat atau dengar, tetapi bunga ros ungu tetap membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama.

6. Bunga Ros Oren


Bunga ros oren pula sering diberi sebagai tanda pengharapan iaitu untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna. Bunga ros oren juga sesuai diberi kepada rakan kongsi sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan.

Sumber : SK

21

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mystica 17-8-2016 02:23 PM
I love roses
Quote Mary_jane 17-8-2016 02:49 PM
Seronok tak terkata bila dapat bunga. Kalau surprise lagi lah senyum sampai telinga.

Quote Artemesiaa 17-8-2016 02:55 PM
Bunga segar ni selalu menceriakan suasana berbanding bunga plastik.  Kalau dah nampak nak layu gatung terbalikan ia supaya boleh jadi bunga kering pula.
Quote DeeHanania 17-8-2016 05:51 PM
Bunga ros,kegemaran
Quote purpledesire 20-8-2016 11:13 AM
Bestnya dapat bunga rose..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.091044 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top