oleh Adib Za Pasangan selebriti terkenal David dan Victoria Beckam dilaporkan kini bakal mengalami kerugian besar kerana menjual rumah agam mereka yang dilihat rendah dari harga pasaran.
Kediaman mewah yang terletak di Perancis itu telah dibeli pada tahun 2003 dengan harga RM7.7 juta, satu nilai yang bukan masalah buat kedua pasangan 'powerful' ini. Namun, Victoria dan David juga telah melakukan proses ubahsuai yang pastinya bercitarasa tinggi sehingga memakan kos sehingga RM25.7 juta. Kini, keduanya tidak mahu lagi tinggal di rumah agam itu kerana katanya jarang-jarang sekali dapat menjejakkan kaki ke situ.
Bagaimanapun, hartanah yang dibina pada abad ke-19 itu telah disenaraikan oleh Knight Frank, agensi menjual kediaman dengan harga lebih rendah iaitu RM12.3 juta sahaja, sekaligus menyebabkan kerugian hampir RM20 juta buat pasangan berkenaan. Paling menarik, The Daily Mail melaporkan antara sebab penjualan rumah agam terbabit adalah kerana sering diganggu hantu dan makhluk halus kerana dipercayai pemilik sebelumnya telah membunuh diri di situ. - CARI |
10
Bagus |
33
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT