oleh Adib Za Kredit resipi: Rozmaliza Omar Siapa kata satay tak boleh disediakan sendiri? Kunci utama sudah tentu bahan rempah perapannya yang menjadikan ia berasa seperti satay.
Namun, anda juga boleh menukar cara memasaknya. Bukan dibakar, namun jadikan ia satay goreng yang tak kurang enaknya. Sangat 'matching' dimakan bersama nasi impit, timun dan bawang. Juga lagi terangkat jika adanya kuah kacang yang melengkapkan hidangan satay goreng anda. Jom cuba resipi di bawah: Bahan-bahan 1 ekor ayam yg besar ~ dipotong kecil-kecil
Bahan-bahan kisar : 5 batang serai 1 1/2 inci halia 1 inci lengkuas 6-7 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 sudu serbuk ketumbar 1 sudu serbuk jintan putih 1 sudu serbuk jintan manis 3 sudu gula merah Garam secukup rasa Sedikit ajinomoto Cara-cara: Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai dimesin halus kemudian dicampurkan dengan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Gaul rata-rata. Setelah itu masukkan pula gula merah, garam dan ajinomoto. Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam. Kemudian masukkan ayam yang diperap dalam kuali dan keringkan dulu air ayam itu baru masukkan sedikit minyak. Goreng satay ayam hingga isinya empuk dan kuning keemasan. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, kuah kacang, potongan timun dan bawang besar. Selamat mencuba! - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT