oleh Adib Za Bagi bakal mempelai, pastinya berasa teruja dan juga berdebar dalam masa yang sama untuk menantikan hari bahagia dinikahkan.
Selain persiapan perkahwinan itu sendiri, jangan dilupakan penampilan diri, aura wajah dan juga seri yang dipamerkan agar tidak kelam dan kabut. Biasalah ketika sibuk menguruskan persiapan sehingga terlupa menjaga kulit wajah sehingga tampak tak bermaya, malah hilang seri pengantin. Memetik laman ikahwin.my, berikut merupakan petua tradisional untuk pasangan terutamanya wanita untuk menaikkan seri wajah pengantin. 44 hari sebelum menjelang hari bahagia Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan.
Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa. 30 hari sebelum menjelang hari bahagia Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga. - CARI Sumber: Ikahwin.my |
23
Bagus |
29
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
7
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
purpledesire replied at 20-8-2016 08:22 PM
Saya dah lama amalkan petua utk naikkan seri wajah..huhuu
chinta89 replied at 21-8-2016 09:42 AM
menjadi tak? selain dari di atas awk buat ape lagi?
hagemaru12 replied at 29-8-2016 11:09 AM
Hehee..sy pun tak tau cuma yg sy tau nie petua turun temurun dari keluarga sy..sy tak buat pun benda ...
purpledesire replied at 14-9-2016 10:43 PM
ataupun mungkin saka..
terma2nkondisi2 replied at 14-9-2016 11:18 PM
ada berapa banyak saka dlm forum ni?
masmelon replied at 12-1-2018 02:00 PM
nak try tapii cmne rase bunga ros tu.. tkut termuntah jek bila nak telan huhuhu
ADVERTISEMENT