Rakaman video yang satu ini telah menyebabkan ramai orang menitiskan air mata kerana begitu sedih melihatkan kedaifan dan juga krisis yang dialami di negara Syria.
Paling menyentuh hati bila rakaman tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak di situ yang tercedera teruk, seperti kaku dan 'tiada perasaan' bila diselamatkan. Omran Dagneesh, baru sahaja berusia lima tahun namun telah terlibat dan menjadi mangsa keganasan tentera Basyar Al Assad. Keadaannya yang penuh darah dan debu akibat letupan serta runtuhan di sekelilingnya bukan sahaja mengundang rasa sayu malah marah di kalangan netizen kerana sikap manusia yang tidak berhati perut.
Memetik laman Awani, rakaman berdurasi 2 minit itu dipercayai diambil oleh seorang doktor yang bertugas di kawasan bergolak itu. Dalam kejadian serangan di Aleppo itu, dilaporkan tiga orang maut dan sekurang-kurangnya 12 lain cedera. Rata-rata netizen menyatakan rasa terkejut, sedih dan tak mampu berkata-kata. Yang pastinya mereka tak dapat bayangkan jika anak mereka sendiri yang menjadi mangsa seperti si kecil Omran. Ini bukan kali pertama kisah kanak-kanak Syria menjadi tatapan ngeri seluruh dunia. Sebelum ini kanak-kanak terdampar di tepi pantai tidak lagi bernyawa turut meragut perasaan ramai orang. Moga mereka ini ditempatkan di syurga tertinggi nanti. Amin. - CARI |
32
Bagus |
7
Marah |
15
Terkejut |
36
Sedih |
21
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT