Oleh : TS LOO Bukan RM1 juta, RM2 juta ataupun RM3 juta tetapi RM8.3 juta dibayar sebagai tawaran untuk membuat persembahan. Baru-baru ini, Daily Mail melaporkan penyanyi hebat tapi sering berkontroversi iaitu Robbie Williams diberi tawaran berjumlah £1.6 juta atau kira-kira RM8.3 juta oleh hartawan Russia iaitu Rashid Sardarov untuk mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan anak perempuannya. Difahamkan, Robbie akan menyampaikan beberapa buah lagu popularnya termasuk Angels pada majlis yang diadakan di Prague Castle itu. Anak perempuan Rashid iaitu Victoria Sardarov turut memuat naik gambar selfie bersama penyanyi terkenal itu di Instagram bagi mengucapkan terima kasih kerana sudi menyanyi pada hari bahagianya itu. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah model terkenal, Sara Sampaio. Majlis perkahwinan Victoria dan pasangannya, Anton Antonov dilaporkan menelan kos sebanyak £8 juta (RM41 juta).- CARI sumber info : www.dailymail.co.uk
|
13
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT