Oleh : Dean BZ Bila masak ayam je biasanya kita akan goreng, masak merah, sup atau buat kari. Boring juga asyik cuba resepi sama je kan! Apa kata cuba pelbagai kan menu dengan mencuba resepi Ayam Masak Nenas. Rasanya yang masam-masam manis sudah pasti menambahkan lagi selera anda. Jom cuba resepi ringkas ini, tak sampai 20 minit dah boleh makan : Bahan : 1/2 ekor ayam potong kecik Bersihkan dan goreng dengan garam dan kunyit 10min asingkan. 1/2 biji nenas kupas dan potong Bahan tumis: 3 biji Bawang merah, mayang 1 biji Bawang besar, potong kasar
3 biji Bawang putih, ketuk 2 cm halia muda, mayang Bahan sos: 3 sudu sos cili 1 sudu sos tiram 1 sudu sos tomato 1 sudu kicap manis 1 sudu madu 1 sudu jus lemon/Limau kasturi 1/2 sudu Lada sulah 1/2 kiub ayam 1/2 cawan air Garam & Gula secukup rasa Hiasan: 1 keping potongan lemon 1 biji tomato potong 4 1/2 lobak merah, potong kecik Daun ketumbar Cara masak: Ambil 3 sudu minyak masak dan tumis kan bahan tumis. Bila dah naik bau masukkan Bahan sos dan nenas. Tumis kan lagi 3 min dan perasakan. Masukkan ayam, tabur kan Bahan hiasan dan hidang. Siap dan bolehlah dimakan dengan nasi hangat, memang sedap. Selamat mencuba - CARI SUmber - Dari Dapur LK
|
20
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
19
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 02:46 PM
Mayang tu apa adik? akak biasa masak italian food. first time dgr mayang
ADVERTISEMENT