oleh Adib Za Siapa yang tak tertawan dengan keenakan rasa sos Thai? Rasanya yang manis dan pedas, sangat sesuai dicicah dengan apa sahaja.
Ini termasuklah ayam goreng, sotong bakar, kuih cucur udang dan sebagainya. Kali ini, kita beri sedikit kelainan dengan menambah buah nenas agar memberikan elemen tropika dan sedikit masam dalam sos. Pasti membangkitkan selera. Jom cuba! Bahan: 1 cawan nenas (dipotong kiub) 2 cili merah 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi) 4 ulas bawang putih
3/4 cawan air 2 sudu besar cuka jus 1 biji limau nipis 1/2 cawan gula 1/2 sudu besar garam 1 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar air Cara-cara: Kisar nenas, cili, bawang putih dan air. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. - CARI Sumber: Facebook Resepi Sedap |
20
Bagus |
14
Marah |
7
Terkejut |
16
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
holothurian replied at 23-8-2016 02:44 PM
sedapnya cicah cucur udang..
-electrifying- replied at 23-8-2016 03:22 PM
Kan... Sodapnya mkn time panas2
holothurian replied at 23-8-2016 03:43 PM
dgn udang besar2..aumm
-electrifying- replied at 23-8-2016 03:55 PM
Lapau ni!
bellaa replied at 23-8-2016 05:47 PM
malas nak masuk dapurr. beli ni kat mydin. rm8 jerr.
gpom semua mek siam pakai sos ni kat warung ...
spankee_fili replied at 24-8-2016 11:17 AM
mintak sikit....
bellaa replied at 23-8-2016 05:47 PM
malas nak masuk dapurr. beli ni kat mydin. rm8 jerr.
gpom semua mek siam pakai sos ni kat warung ...
MissVixen replied at 25-8-2016 01:06 PM
Sedapnye
Cicah dengan ayam tandoori
ADVERTISEMENT