|
Oleh : TS LOO Menurut perangkaan pihak polis, sejak Presiden Rodrigo Duterte memegang jawatan tujuh minggu lalu kira-kira 1,800 pembunuhan berkaitan dadah telah direkodkan kerajaan Filipina susulan beliau bertekad melancarkan perang terhadap ancaman narkotik di negaranya. Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Filipina, Ronald Dela Rosa memberitahu jawatankuasa Senat pada Isnin bahawa 712 pengedah dadah dan penagih terbunuh dalam operasi polis sejak 1 Julai lalu. Selain itu, 1,067 pembunuhan lain berkaitan dadah turut disiasat polis tetapi tidak memberikan butiran lengkap, tambah Ronald Dela. Pada Ahad lalu, Duterte menghentam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengkritik gelombang pembunuhan berkenaan.
Amerika Syarikat, sekutu rapat Filipina pula berkata, pihaknya 'amat bimbang' dengan laporan berkenaan dan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Mark Toner menggesa kerajaan Duterte supaya memastikan pihak penguatkuasaan undang-undang mematuhi hak asasi manusia. - CARI Sumber berita : Reuters |
|
13
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
6
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
14
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.098132 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.