Berikutan isu yang digembar-gemburkan tentang bantuan basikal oleh Azizulhasni kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman selepas menang pingat gangsa dalam acara Keirin di Olimpik Rio kerana tidak mempedulikan permohonan pihaknya untuk membeli basikal 'roadbike' untuk beliau dan Fatihah.
Isu itu dimuat naik di laman Facebook 'Jojo Knoxville'. Namun, Ahmad Razif menegaskan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai permohonan tersebut malah tidak pernah mengenali pengurus Azizilhasni yang dikatakan cuba berhubung dengan beliau. Pertemuan Ahmad Razif dan Azizuhasni berlangsung selama dua jam di sebuah restoran di Kuala Lumpur malam tadi. Kedua-duanya mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil pendekatan positif dengan merancang pelbagai perkara demi kebaikan kerajaan negeri serta pembangunan sukan di negeri ini. Pertemuan tersebut turut dihadiri dua lagi atlet berasal daripada Terengganu iaitu Fatihah Mustapa (berbasikal) serta Hafifi Mansor (angkat berat). Menerusi laman Facebook miliknya pula, Ahmad Razif menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan anak-anak muda daripada Terengganu dan mengakui bahawa apa yang berlaku mungkin terdapat kesilapan antara kedua-duanya.
Pasti harapan yang tinggi buat atlet Terengganu dan juga negara. Isu yang dibangkitkan Azizulhasni terus membuka mata semua pihak. Tahniah Azizul! - CARI |
18
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rayna_raynes replied at 23-8-2016 06:03 PM
kenapa jijoe nampak gemok dan rendang berbuah dua bijik di sini?
ADVERTISEMENT