Oleh : TS LOO Sepertimana yang kita ketahui, keadaan hidup yang dialami pekerja asing di negara kita, namun pernah kita bayangkan, terdapat pekerja asing yang sanggup berjimat dengan hanya belanja RM200 setiap bulan semata-mata untuk mengirim duit hasil pendapatannya kepada orang yang tersayangnya di negara asalnya.
Kenny Chua seorang pengunting rambut di Puchong, Selangor telah menulis satu status di laman facebooknya mengenai pengalaman yang dialami seorang pekerja asing yang datang ke kedainya untuk menggunting rambut. Al-kisahnya pekerja asing tersebut dikatakan bekerja bersungguh-sungguh hanya inginkan anak dan isterinya berkehidupan lebih baik. Loading FB Post...
Difahamkan dia sanggup hanya belanja sebanyak RM200 ringgit sahaja sebulan dan mengirim semua hasil pendapatannya yang selebihnya kepada anak bini di kampung halaman. Berikut sebahagian kandungan perbualan: Kenny : rambut anda begitu panjang semestinya tidak menguntingnya dalam tempoh masa yang lama? Kenapa lama tidak gunting rambut? Pekerja asing : Saya tidak ingin bazir wang untuk diri saya.... pada asalnya rasa nak suruh kawan yang bantu guntingkan, tetapi selepas memikirkan lusa saya dah nak balik negara sendiri, justeru pun guntinglah elok sikit ketika berjumpa anak bini. Kenny: Gunting rambut baru puluhan tinggit sahaja? Pekerja asing: anka saya baru lahir, isteri saya kata rumah perlukan duit, jadi saya kena jimat dalam tempoh setengah tahun ini, lazimnya beli beras dan mee untuk masak di rumah. Kenny: Waa, Anda sudah menjadi ayah! Gaji bulanan berapa? Hanaya beli mee dan beras, tidak beli ke daging dan sayur? Pekerja asing: Ya, saya dapat anak lelaki, gaji bulanan kira-kira RM 1,300, jika ada OT, bertambah jadi kira-kira RM1,700. Tetapi saya setiap bulan hanya belanja RM200, gaji ynag selebihnya saya kirimkan kepada anak dan bini untuk beli tepung susu, baju dan barang keperluan harian. Apabila ditanyakan bagaimana mampu hanya belanja RM200 setipa bulan, pekerja sing itu menjawab, " tiada masalah susah payah bekerja di luar negara, yang penting anak bini sihat dan bahagia, serta tidak lapar perut itu sudah cukup buat diri saya" , kenyataan itu boleh dikatakan luahan hati setiap ayah di dunia ini. Sehubungan itu, kata-kata pekrja asing itu turut mengungkitkan kenangan masa kecil Kenny Chua terhadap ayahnya yang juga berkerja keras untuk kebahagian keluarga. Justeru Kenny mengambil keputusan menanggung kos bayaran perkhidmatan menggunting rambut buat pekerja asing tersebut. Kenny Chua menyatakan, dirinya amat memahami keperitan hidup yang dialami pekerja siang itu berikutan dirinya juga berasal dari Sabah Sarawak datang ke Semenanjung Malaysia mencari rezeki. Status Kenny Chua yang menyentuh hati itu, menerima sebanyak 14,000 orang beri 'like' , dan lebih 2000 orang berkongsi statusnya. Tidak kurang juga netizen yang terharu dengan tindakan Kenny termasuk ada yang setuju bahawa pekerja asing di negara kita bukan sahaj berada dalam kperitan hidup, malah sering berdepan situasi pekerjaan berisiko tinggi, nyawa boleh dikatakan amat tidak terjamin. Komen netizen: 1) sebenarnya pekerja asing amat kesian, datang sini cari wang, bukan sahaja kena buli majikan, malah kadang dipaksa bayar 'duit kopi'. 2) Semoga lebih ramai orang dapat memahami mereka, sebagai pekerja asing memang amat menyusahkan. 3) pekerja asing saya, pendapatan sebulan antara RM1500 sehingga RM1800, setiap bulan hanya tinggal RM300 sahaja, yang tinggal itu kirim kepada kampung halaman. 4) Selepas baca status tersebut, baru lah rasa tekanan yang dihadapi diri hanya perkara kecil sahaja. - CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
madknownz replied at 23-8-2016 10:34 AM
bangladesh kerja ditempat saya ni...cuma minum air sahaja diwaktu bekerja...
saya tegur tanya sam ...
barfi replied at 23-8-2016 07:17 PM
Mana2 yg positif ambil lah sebagai teladan. Mana2 yg negatif jadikan sebagai iktibar.
Sebagai co ...
caramellatte replied at 24-8-2016 09:48 AM
I wonder, macam mana kehidupan anak bini dorang kat sana?
Mewah? Laki je ikat perut kat mesia?
Le ...
caramellatte replied at 24-8-2016 09:48 AM
I wonder, macam mana kehidupan anak bini dorang kat sana?
Mewah? Laki je ikat perut kat mesia?
Le ...
prettyuglybabe replied at 24-8-2016 12:37 PM
tak habis-habis nak bandingkan hidup pekerja asing dengan tempatan..
apa yang beza nya?
dia gaji 2 ...
~boolean replied at 24-8-2016 01:19 PM
Bezanya kita gaji 2k hasil duduk dalam ofis sambil layan forum, layan fb, bergosip, keluar lunch a ...
cicikwani replied at 24-8-2016 06:07 AM
guard bangla kat tempat keje aku ni pun mcm tu jugak... hari2 kerja tak de cuti... mlm balik lewat.. ...
prettyuglybabe replied at 24-8-2016 12:37 PM
tak habis-habis nak bandingkan hidup pekerja asing dengan tempatan..
apa yang beza nya?
dia gaji 2 ...
ADVERTISEMENT