CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Apa Mereka Sangka Kami Sedang Bercinta?' - Chong Wei

25-8-2016 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4340| Komen: 11

Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.mynewshub.cc


Selepas perlawanan akhir acara badminton sukan Olimpik antara Lin Dan dengan Datuk Lee Chong Wei, tersebar secara meluas sepucuk surat yang ditulis oleh mereka berdua di media sosial.  

Dalam 'surat' itu yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan mengisahkan sepanjang perjalanan mereka berdua di gelanggang badminton.

Lin Dan juga dikatakan mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei dengan ungkapan "Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya."

Bagaimana pun, di sidang media selepas majlis sambutan wira-wira olimpik negara kelmarin, apabila ditanya mengenai kesahihan surat viral itu, Chong Wei mengesahkan beliau tidak menerima sebarang surat daripada Lin Dan dan itu hanya sekadar khabar angin.


Tegas beliau, perkara itu tidak wujud langsung, ini kerana Lin Dan dan dirinya tidak pernah tulis surat seperti itu, tambah beliau beritahu surat itu ditulis oleh wartawan dari China.

Dalam pada itu, Chong Wei turut tidak lupa menyatakan dengan nada bergurau, 'Apa mereka sangka kami sedang bercinta?' - CARI




sumber berita : astro awani
18

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kronix 25-8-2016 10:31 AM
haha. siapa yg percaya surat tu memang kelakarla. tu la, byk sgt tonton drama pukul 7
Quote nut.legacy 25-8-2016 10:36 AM
la...wartawan yg tulis rupanya.. hehehe...
Quote matamata 25-8-2016 10:38 AM
Ini thread lambat satu hari
Quote mijaa 25-8-2016 11:24 AM
x baca lagi pun dah tau auta je surat tu
Quote dee4ellese 25-8-2016 11:29 AM
iols share sebab isi kandungan surat sungguh terharu kalau baca... sape suruh korang percaya?


Quote mdhelmi 25-8-2016 11:53 AM
LCW bole try MLM2017?
Quote arffa 25-8-2016 12:19 PM
hahaha kelakar statement adakah kami sedang bercinta. tapi surat tu mcm mana jadi viral. siapakah pencipta surat itu?
Quote ffawwaz 26-8-2016 08:49 AM
madknownz replied at 25-8-2016 03:33 PM
kt FB ramai yg share kata mata masuk habuk lah..
sape potong bawang lah.... terharu lah.... menitis ...

Tau xpe..potong bawang segala komen kan
bila pikir balik..wah..sempat pulak nak mengarang2 surat bagai..

Quote fifie_olin 26-8-2016 09:07 AM
memula seyes je muka chong wei ni..
lps tuu pndi plk melawak...
"ingat cinta ka'
Quote fifie_olin 26-8-2016 09:08 AM
skg ni nk tau sape yg karang surat tu
aku rs cm pmpn jeh
sbb isi2 surat penoh emosi...gitewww

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038964 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top