CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Bidas Tun Mahathir Dan Minta Tutup Mulut!

25-8-2016 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7906| Komen: 32

Oleh : TS LOO


sumber foto: www.straitstimes.com & www.thestar.com.my


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebelum ini mengecam konsep 'Bangsa Johor' yang dipupuk oleh Kerabat Diraja Johor dan menyatakan tindakan sultan Johor boleh membawa keruntuhan sistem persekutuan.
 
Dalam pada itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyelar Tun Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di negeri Johor. 

Menurut laporan akhbar The Star,  Sultan Ibrahim menjelaskan, istilah 'Bangsa Johor' telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini agar dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman sejahtera. Tiada mana-mana kaum atau individu akan dipinggirkan di Johor. 


"Konsep Bangsa Johor sejak awal lagi telah diwujudkan, malah sebelum Mahathir dilahirkan. Dia langsung tidak tahu apa yang dia cakap?"

Sultan Johor turut mengecam sekeras-kerasnya bahawa Tun Mahathir adalah individu yang memang hebat memecah belah bangsa sendiri.

"Dia hanya nak pecah belah bangsa sendiri, termasuk kaum Melayu, tetapi saya menyatupadukan semua kaum, termasuk orang Melayu."

" Mahathir harus sedar, setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri, tetapi itu tidak bermakna negeri-negeri terbabit berkeinginan keluar dari persekutuan."

"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya."

"Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau, dia tidak mempunyai hak campur tangan urusan negeri saya."- CARI





sumber info: www.malaysiakini.com
10

Bagus
8

Marah
14

Terkejut
11

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote protonpersona 25-8-2016 01:17 PM
Wartawan cari ni selalu ketinggalan ...thread dah bukak la...
Quote bioessence 25-8-2016 01:18 PM
Padan muka madey
Quote uniq61 25-8-2016 01:38 PM
Daulat Tuanku..Patik rasa elok Tuanku sumpah je dia Tuanku!!! biar dia muntah darah masuk Johor!
Quote romeor 25-8-2016 02:03 PM
Cakap kat sultan johor tu dia pun kena tutup mulut bab agama jgn nak buat pandai. Bab tak bertudung semua tu jgn ingat hidup kaya raya berpangkat bagai suka2 nak komen bab agama. Jgn nak terlalu ikut arab habis yg terlalu kebaratan tu ape. :
Quote safran 25-8-2016 02:10 PM
Ada chedet kisah

Orang tua tu bukan takut sesapa, dia nak cakap dia cakap saja
Quote bangcak 25-8-2016 02:27 PM
uniq61 replied at 25-8-2016 01:38 PM
Daulat Tuanku..Patik rasa elok Tuanku sumpah je dia Tuanku!!! biar dia muntah darah masuk Johor!

betul kata sultan. johor bukan milik umngok je.
bangsa johor meliputi seluruh kaum dalam johor
dan tiada kaitan langsung dengan parti serpihan komunis
yg dok bayar sewa panda tu.

Quote potsshine 25-8-2016 02:51 PM
safran replied at 25-8-2016 02:10 PM
Ada chedet kisah

Orang tua tu bukan takut sesapa, dia nak cakap dia cakap saja

hahhahahha..betul2..org tua2 mmg x kisah...dia ckp je pa yg dia rasa nk ckp...
Quote zie2743 25-8-2016 03:18 PM
I honestly find it irritating with the term bangsa johor.bila dgr 2 rs mcm..tgn d bahu mata ke ats uols..
Quote tagas 25-8-2016 04:10 PM
Kena tambah lg column bangsa kat mana2 forms

hokey

Bangsa:

1.melayu
2.cina
3.india
4.johor
5.lain2
Quote tagas 25-8-2016 04:10 PM
Kena tambah lg column bangsa kat mana2 forms

hokey

Bangsa:

1.melayu
2.cina
3.india
4.johor
5.lain2
Quote munchkin 25-8-2016 04:14 PM
Tuanku minta tolong sangat. Bila di jalanraya kereta berplet j ni mistly bawak cam saitan. Tolonglah tuanku.
Quote haruslah 25-8-2016 04:17 PM
yo lahhhhhh
Quote anaz87 25-8-2016 05:05 PM
romeor replied at 25-8-2016 02:03 PM
Cakap kat sultan johor tu dia pun kena tutup mulut bab agama jgn nak buat pandai. Bab tak bertudung  ...

terbaik..
Quote fishcracker 25-8-2016 07:01 PM
sudah2 la..jadila bangsa apa pun,yg penting dapat ic
Quote FARRAZOOL 25-8-2016 07:22 PM
Ada jerr isu
Quote Atifan 25-8-2016 07:24 PM
assabiah..baik buat bangsa malaysia...tu lagi menyatukan semua..puii
Quote sadiq_segaraga 25-8-2016 07:40 PM
Semua orang boleh jer cakap apa aja selagi tak menyalahi undang undang.. Sultan Johor pun boleh jer cakap apa aja. Bukan semua orang Johor suka dengan konsep Bangssa Johor ni.
Quote esbok 25-8-2016 11:07 PM
Bangsa apa pun. Dah berpuak puak mana elok? Aku rasa mcm mengada-ngada pun ada bila sibuk nak highlight bangsa bangsa ni. Dulu kelate la ni j plak
Quote aramcna 26-8-2016 05:13 AM
Tertengok dalam page JDT , ada komen mengatakan sultan Johor akan naik jadi next agong. Betul ke ni.. bukankah sepatutnya sultan kelantan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.355808 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top