oleh Adib ZA Onion rings memang sangat enak, garing di luar dan lembut di dalam. Lazimnya dijadikan hidangan sampingan kepada hidangan yang lebih berat seperti ayam goreng, pizza mahupun steak daging.
Sebenarnya cara penyediaan tidaklah terlalu sukar memandangkan bahan utama yang digunakan ialah bawang besar. Jom cuba resipi mudah ini, anak-anak yang tak makan bawang pun pasti sukakannya! Bahan-bahan: 2 labu bawang besar 1 cawan buttermilk 3/4 cawan tepung 1 sudu kecil serbuk cili Minyak
Serbuk lada hitam Garam Serbuk perasa Cara-caranya: 1. Kupas bawang dan hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan setiap bulatan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan tersebut. 2. Panaskan minyak. Cukup untuk deep fry. 3. Campurkan tepung, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya. 4. Tuang sedikit demi sedikit buttermilk dan adunkan dengan sebatian tepung, sehingga likat. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 5. Salutkan bawang satu persatu dan goreng deep fry dengan api yg sederhana tinggi. 6. Angkat apabila sudah garing dan toskan. Hidang dengan sos dan mayonese. - CARI Sumber: Denaihati |
19
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blackwidowbae replied at 25-8-2016 02:32 PM
Buat cenggini pun santekkkkk
sabar_sabariah replied at 26-8-2016 12:18 PM
ini bawang ke?
bukan wedges ek
ADVERTISEMENT