Oleh Izzah Abbasy
Pemanis mulut pasti tambat selera sesiapa sahaja melihatnya. Tertelan-telan air liur dibuatnya kan? Selalunya apabila beli di kedai, sebekas berharga lebih kurang RM1.50. Tapi, jika anda buat sendiri, boleh dapat berbekas-bekas dengan modal kurang RM10. Bukan susah nak buat dadih. 'Dessert' yang paling mudah dan ekspres disediakan untuk keluarga dan tetamu. Serbuk dadih pun ada di jual di pasaran dengan pelbagai perisa. Mangga, kiwi, strawberi, kelapa, vanila, coklat dan banyak lagi. jadi, anda perlu pilih sahaja perisa yang anda suka dengan harga tak lebih daripada RM6. Penulis kongsikan resepi Dadih Strawberi seperti di bawah. - CARI Bahan-bahan : 1 paket serbuk dadih 1 tin susu cair (atau 1/2 tin susu pekat manis) Secubit garam Sedikit gula (terpulang untuk letak atau tidak) 3000ml air Nata De Coco (untuk tambahan) Cara-cara penyediaan : 1) Baca Bismillah, niat dalam hati agar sedapkanlah dadih ini Ya Allah untuk dihidangkan pada orang. 2) Masukkan 3000ml air dalam periuk. Masukkan susu cair, gula and garam. Kacau sehingga mendidih. 3) Kesemua bahan sudah memdidih, tutup api. 4) Masukkan serbuk dadih. Kacau sehingga sebati. 5) Masukkan dalam bekas yang disediakan. 6) Boleh letak Nata De Coco ikut selera masing-masing. Kemudian, biarkan seketika sehingga sejuk. 7) Masukkan dalam peti ais dan bolehlah hidangkan kepada keuarga tersayang mahupun tetamu. |
21
Bagus |
29
Marah |
12
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
holothurian replied at 29-8-2016 08:45 AM
mkn sejuk2..sedapp..
ADVERTISEMENT