Tanggal 31 Ogos setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka sebagai tanda negara sudah bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957.
Pada tahun 2016 ini, tema #SEHATISEJIWA sekali lagi dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan masyarakat di Malaysia. Setiap kali menjelang kemerdekaan, pasti ramai yang menunggu iklan menarik untuk ditonton dan dikongsikan bersama rakan-rakan. Kebiasaannya video iklan dari Petronas, Maxis atau TM sentiasa tidak mengecewakan penonton kerana penuh dengan mesej-mesej yang bermakna. Sempena Hari Kebangsaan ke-59 kali ini, Digi membawakan satu video baru khas untuk rakyat Malaysia. Video yang sarat dengan mesej supaya #BukaLaHati dihari merdeka nanti banyak menceritakan tentang kejadian yang berlaku disekeliling kita setiap hari. Jom tonton! Loading FB Video...
Kadang-kadang kita lupa, setiap yang berlaku disekeliling kita pasti bersebab dan orang lain mungkin tidak bernasib baik seperti kita. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, janganlah kita cepat menilai seseorang dari luaran. Belajarlah untuk cuba memahami, bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain. Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. #BukaLaHati Merdeka ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka. #SehatiSejiwa - CARI Lagu sempena merdeka 2016 dari Digi : Sumber - Facebook/Digi
|
14
Bagus |
13
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rokarina replied at 26-8-2016 05:22 PM
banyak2 iklan merdeka. ni paling iols suka.. tengok banyak kali pun tak boring
ADVERTISEMENT