CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zulfadli Patut Sertai BAM Jika Mahu Beraksi Di Olimpik Tokyo 2020 - Hafiz Hashim

27-8-2016 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5299| Komen: 18


Oleh : Dean BZ

Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain perseorangan kebangsaan, Muhamad Hafiz Hashim (gambar kecil). - Foto Goh Thean Howe


Bekas pemain perseorangan kebangsaan, Muhamad Hafiz Hashim menyarankan Zulfadli Zulkifli menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika mempunyai impian untuk beraksi pada Olimpik Tokyo 2020.

Juara Seluruh England 2003 itu, berkata hanya badan induk itu mampu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan pemain bagi melakukan persiapan menghadapi persaingan di tahap tertinggi berbanding bergerak secara profesional.

"Di BAM semuanya lengkap. Ada rakan sepelatih, jurulatih yang berpengalaman, program latihan sistematik, khidmat sains sukan dan peluang menyertai kejohanan yang lebih tinggi.


"Sepanjang berada di luar, tidak banyak keputusan positif atau kejayaan dihasilkan Zulfadli, jadi dia sepatutnya menyertai BAM," kata Hafiz ketika dihubungi, semalam.

Hafiz yang pernah bersama Kelab Nusa Mahsuri turut menyertai BAM selepas itu dan terbukti keputusannya tepat apabila menamatkan penantian selama 50 tahun negara dengan menjadi juara Seluruh England pada 2003.

Katanya, sudah tiba masa Zulfadli yang juga bekas juara remaja dunia 2011 membuat keputusan sendiri untuk menentukan hala tuju kerjayanya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk ahli keluarga. Pemain berusia 23 tahun itu ketika ini dilatih oleh bapanya sendiri, Zulkifli Sidek.

Perkembangan yang semakin baik buat skuad badminton negara terbukti dengan kemenangan Datuk Lee Chong Wei serta pasangan badminton beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan V.Shem-Wee Kiong yang menghadiahkan 3 pingat perak buat negara dalam kejohanan Sukan Olimpik 2016 yang di adakan di Rio baru-baru ini. - CARI. 



Sumber - BeritaHarian
8

Bagus
6

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Voyagers 27-8-2016 04:52 PM
so sekaraNG BERLatih dengan bapa sendiri saja?
Quote kemaruk 27-8-2016 04:56 PM
ini la contoh terbaik untuk istilah "bodoh sombong"
Quote cmf_jeangrey 27-8-2016 05:05 PM
Juara remaja 2011, ni dah 2016...so dlm 5 tahun tu buat apa? Membazir bakat...kalau bangsa lain go with the flow yg penting kau ke depan..kaya raya...ni lah melayu sentimental lebih...lepas tu meroyan bila bangsa lain lebih dominan
Quote jengkoil 27-8-2016 05:09 PM
apak tu yg rasa setaraf coach international  level...bdk ni ada 2 lg adik beradik dlm bidang ni.... X kemana laa jawab nye selagi bwh keti apak.
Quote bit 27-8-2016 05:32 PM
cmf_jeangrey replied at 27-8-2016 05:05 PM
Juara remaja 2011, ni dah 2016...so dlm 5 tahun tu buat apa? Membazir bakat...kalau bangsa lain go w ...

Geng dia si axelsen tu dia siap menang pingat gangsa olimpik
Quote bit 27-8-2016 05:34 PM
jengkoil replied at 27-8-2016 05:09 PM
apak tu yg rasa setaraf coach international  level...bdk ni ada 2 lg adik beradik dlm bidang ni....  ...

Apaknya pun tahap anak sidek  bukan taraf misbun or rashid
Quote olafhul 27-8-2016 05:37 PM
latest pix kt insta, dia ltk caption " you know my name, not my story. you've heard what i've done, but not what i've been through!".  mcm nak bagitau xyah nk suruh2 dia msuk BAM.
Quote miszclassique 27-8-2016 06:36 PM
Mungkin sbb krisis BAM dulu kot. Ada lah tu sbb kenapa dia tak masuk BAM
Quote Pajeri_Nenas 27-8-2016 06:41 PM
Dah la gemok, muka masam, eksyen pulak.booooo
Quote miszclassique 27-8-2016 06:53 PM
chacon replied at 27-8-2016 06:49 PM
memang BAM pilih bulu ke macam mana?

Rasanya diorang mcm pilih kasih jgk . Tahun lepas buat perbincangan n bapak zulfadli ni mmg bgtau anak dia belum ada rancangan nak join BAM ni. Then awal tahun haritu nama zulfadli ni terkeluar dari squad Thomas cup. yg terpilih masa tu budak ranking lg lower dari dia. Lagi la dia tak puas hati
Quote Hessa 27-8-2016 06:54 PM
xde give and take daripada both side barangkali..
Quote dauswq 27-8-2016 08:41 PM
sembang lebat jek budak ni

tgk iskandar tu masuk thomas cup pun tak de sape kenal, tp dia pulun kalahkan rmi pemain single ternama

time dia jd juara dunia dulu dia kalahkan victor axelsen
tp victor axesen tu lak menang gangsa olimpik, dia lak tak kemana
org yg sombong mmg akn rugi
Quote oppol 27-8-2016 09:21 PM
Biarlah dia dengan bodoh sombong dia tu...
Ramai lagi pemain dalam BAM yang lebih baik dari dia...
Quote jomZ 27-8-2016 10:11 PM
betul..ni la dia kalau semuanya dia yang betul.. x rebut peluang yang ada, cepat sangat sentap!
Quote cmf_jeangrey 27-8-2016 11:18 PM
bit replied at 27-8-2016 05:32 PM
Geng dia si axelsen tu dia siap menang pingat gangsa olimpik

Sayangnya...muda2 ni la nk rebut peluang...kenapa bapak dia taknak join bam? Sebab terikut anak2 sidek tu ke
Quote billionman78 28-8-2016 03:08 PM
buang keruh ambik jernih..

budak omputih yang ko kalahkan masa final tahun 2011 tu sekarang dah jadi orang ketiga terhebat olimpik dan disebut2 sebagai antara generasi baru untuk menyambung sengketa dua juara. kalau dulu lee chong wei - lindan, next akan jadi axelson - chen long.

yang ko ni? masih dibuai2 kemenangan tahun 2011? di mana ko sekarang? ada bakat, gunakanlah sebaik2nya
Quote Hitman91 28-8-2016 06:13 PM
Memang kalau tak join bam x dapat masuk olimpik ye
Quote matseh 29-8-2016 10:53 AM
IT'S ALL ABOUT MONEY $$$$$.
Hafiz dulu pun keluar sbb duit jugak.
BAM patut bagi elaun latihan RM40k sebulan. Serapkan Bapak dia jadi coach or gaji RM60k sebulan.
Next Year Sure Gold Medal Sukan SEA, Gold ASIAN Games, Jadi World Champion, All England, Gold olimpik.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.113612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top