oleh Adib Za Nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri semakin dikenali selepas melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio 2016, baru-baru ini.
Penampilan pertama di sukan terbesar dunia itu, memperlihatkan potensi yang ada pada penerjun berusia 17 tahun selepas mara ke peringkat akhir acara terjun 10 meter perseorangan wanita bersekali dengan Pandelela Rinong Pamg. Meskipun menerima pandangan serta komen yang bercampur baur di kalangan netizen, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik penampilannya, itu sesekali tidak mencalar semangat anak muda ini. Baru-baru ini, Dhabitah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan latihan keras yang dilalui untuk bergelar atlet bertaraf dunia. "Inilah bagaimana team penerjun negara dilatih. Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, bukan mudah untuk menjalani latihan tersebut dan menjadi atlet bertaraf dunia." "Sebab itu saya sangat menghargai segala sokongan dan semangat yang diberikan. Tolong jangan berhenti dan janganlah membenci saya.." Ternyata melalui gambar yang ditunjukkan bukanlah satu cabaran dan juga latihan mudah untuknya sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Dalam masa yang sama, para penyokong Dhabitah terus memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial itu. Sebelum ini, nama Dhabitah turut menjadi viral kerana dikatakan mempunyai sikap gemar tersenyum dan sekaligus membuatkan dia lain dari yang lain. - CARI |
9
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 29-8-2016 02:40 PM
tak terkejut pun cara latihan tu..
rasanya pernah tengok prc punya lagi keras..
ADVERTISEMENT