oleh Adib Za Benarkah untuk memikat wanita sebagai kekasih, tunang dan seterusnya menjadi isteri untuk rumah tangga impian, perlukan banyak kata-kata pujian?
Mungkin anda pernah mendengar istilah lelaki bermulut manis, malah dalam budaya Barat juga ada situasi ini yang dipanggil sebagai 'sweet talker'. Tiada salahnya menjadi lelaki bermulut manis, adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Asalkan ia bukan satu penipuan dan kepura-puraan. Wanita sememangnya memang mahu rasa dihargai, dimiliki dan juga dimahukan. Meskipun banyak lagi ciri lain pada lelaki yang wanita mahukan seperti baik hati, berharta dan juga pandai hormat orang tua namun bermulut manis ini mampu mencairkan hati si dia dengan sangat baik. Jom ketahui bagaimana ingin menjadi pasangan yang bermulut manis: 1. Ucapkan terima kasih Salah satu kekurangan lelaki adalah tidak pandai mengambil hati, tidak tahu menghargai dan meluahkan. Apa kata ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih dengan apa sahaja yang pasangan anda telah lakukan. Bukan berpura-pura sebaliknya ia turut melatih anda agar lebih pandai menghargai wanita. 2. Minta pandangan si dia Sama ada anda ingin mendapatkan wangian terbaru, baju baru dan sebagainya tiada salahnya meminta pandangan si dia. Ini membuatkan si dia berasakan anda ambil berat tentang buah pendapatnya. 3. Keluarga anda Yakinkan si dia yang keluarga anda akan sukakan dirinya, pasti si dia tersenyum lebar dan bertambah yakin. 4. Puji penampilannya Jangan sesekali mengkritik penampilan wanita kerana ia boleh menjejaskan mood seharian, mungkin juga seminggu lamanya. Biarkan dia bergaya untuk anda dan jangan lupa untuk memujinya. Pasti si dia lentok! - CARI |
7
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT