Siapa sangka, kurang dari seminggu membuka gerai nasi lemak, gadis ini telah pun menjadi viral dan diperkatakan ramai orang.
Gerai yang diberi nama Nasi Lemak Anak Dara ini, terletak di Seksyen 7 Shah Alam diusahakan oleh seorang graduan yang sedang mencari pekerjaan di sekitar Lembah Klang. Siti Hajjar, 24 merupakan lepasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia baru sahaja menjejakkan kaki ke Shah Alam selama 3 minggu. Satu sahaja tujuannya iaitu ingin mencari pekerjaan yang nyata memiliki peluang lebih cerah di sekitar Shah Alam dan juga Kuala Lumpur. Namun, sementara itu dia tidak mahu membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah. "Saya sebenarnya langsung tak rancang nak niaga. Tetiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi saya memasak jadi baik saya guna kelebihan itu.." Nyata sekali, dengan semangat tak gentar dengan pandangan orang lain, gadis ini berjaya menarik perhatian dengan jualan nasi lemaknya. Terbaru, dia memberitahu menerusi status di Facebook miliknya, dia telah pun mendapat tawaran pekerjaan di Subang Jaya dan bakal bermula pada September ini. Meskipun nampak ringkas sahaja perjalanan yang dilaluinya, namun sebenarnya kemahuan dan semangat yang ada pada dirinya telah membuatkan ramai yang terinspirasi. Yalah, sikap 'apedehal' dengan menjual nasi lemak walaupun ada segulung ijazah dalam genggaman, wajar dicontohi. Kalau orang lain, belum tentu sanggup turun padang seperti gadis ini. Apa kata anda? - CARI |
5
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aurorae replied at 30-8-2016 08:08 PM
masa belajar kat kolej dulu, ada gerai air tebu sorang abang ni kat tepi jalan. Gerai bersih, penia ...
mishungu replied at 30-8-2016 07:28 PM
Untung la time aku tanam anggur few years back buat car boot food guna viva je dgn kwn aku rasa nye ...
chazey replied at 30-8-2016 11:21 PM
Epiknya kisah uol. Mesti terpisat2 uol tengok abang tebu tu depan kelas.
exclusive_vvip replied at 31-8-2016 07:08 AM
dah tu, takde langsung ke malay yg membeli dari korang?...i bukan apa, dah selalu sgt dok dengar a ...
dubuk replied at 31-8-2016 07:26 AM
dubuk buta shah alam
last dubuk pergi shah alam masa rombongan sekolah rendah hmmmmmmmmmmm
sofiazara replied at 31-8-2016 08:14 PM
biasa rombongan sek ren org pegi zoo negara muzium penang terengganu melaka. x pnh dgr g shah alam ...
ADVERTISEMENT