CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menjelajah Demi Sampaikan Mesej "Sakit Kanser Bukan Bermakna Kematian"

1-9-2016 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6249| Komen: 1|Original author: TS LOO


Hasil peralihan zaman dan perubahan cara hidup yang penuh pencemaran, bukan sahaja menyebabkan bilangan penghidap penyakit kanser menyaksikan peningkatan yang mendadak malah turut memperlihatkan ancaman penyakit kanser terdiri daripada golongan muda. 


Bagi mereka yang masih berusia muda sekiranya didapati menghidap penyakit kanser, pastinya menimbulkan rasa gelisah buat seseorang itu. 


sumber foto: FB Zaki Bijak

Namun, bagi Zaki Mohd Yamani, seorang pesakit kanser Hodgkin Lymphoma peringkat yang ke-3, dia bukan sahaja memilih berdepan penyakit kanser tersebut dengan sikap yang penuh optimis, malah bertekad memikul tanggungjawab untuk menyampaikan saranan kepada masyarakat bahawa "penyakit kanser bukan bermakna kematian". 


sumber foto: FB Zaki Bijak

Zaki yang berumur 27 tahun disahkan menghidap penyakit kanser Hodgkin Lymphoma pada tahun 2014, sejak hari itu dia berusaha gigih menjalankan rawatan dan pernah menerima rawatan kemoterapi lebih setahun. 

Biarpun proses menghadapi penyakit kanser itu amat sukar, tetapi dia tidak pernah menyerah kalah. 

Sehingga beberapa minggu yang lalu, dia mengambil keputusan, dengan cara menumpang kereta orang awam, bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa "Penyakit Kanser Tidak Bererti Kematian".


sumber foto: FB Zaki Bijak

sumber foto: FB Zaki Bijak

sumber foto: FB Zaki Bijak

sumber foto: FB Zaki Bijak
sumber foto: FB Zaki Bijak

Akhirnya Zaki bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang diperlukan dan memulakan perjelajahannya yang amat bermakna itu secara tumpangan kereta untuk tempoh selama 13 hari. 

sumber foto: FB Zaki Bijak

Pada 27 Ogos, Zaki bertolak dari kampung halamannya di Jerantut, Pahang dengan hanya membawa kad pengenalan, duit poket RM13 dan beberapa helai baju. 

Mujurnya, dia ditumpangi kereta orang ramai dari Pahang sehingga ke Terengganu, Perak, kedah dan Perlis. Sepanjang jalan, Zaki sempat singgah dan mengambil kesempatan memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang penyakit kanser.

sumber foto: FB Zaki Bijak

sumber foto: FB Zaki Bijak

Selain itu, beliau turut memberi galakkan kepada pesakit kanser jangan putus asa sebaliknya perlu berjuang habis-habisan dalam usaha menghadapi penyakit kanser itu.

sumber foto: FB Zaki Bijak

Biarpun telah menghabiskan perjalanan sebanyak satu pertiga, tetapi disebabkan sepanjang jalan Zaki memperolehi bantuan dan dermaan orang ramai, termasuk penginapan dan makanan, jadi duit poketnya RM13 masih tidak digunakan lagi.

Ketika ditemubual oleh akhbar NSTP di Pulau Langkawi, Zaki menyatakan ramai orang beranggapan menghidap penyakit kanser bermakna di penghujung nyawa, namun tiada seorang pun harus menyerah kalah. 

"Kehidupan bagi pesakit kanser mungkin amat menyukarkan, tetapi anda perlu sedar penyakit kanser bukan sekeping tiket yang menuju ke jalan ajal, harapan itu tetap ada."

sumber foto: FB Zaki Bijak
sumber foto: FB Zaki Bijak
sumber foto: FB Zaki Bijak
sumber foto: FB Zaki Bijak
sumber foto: FB Zaki Bijak

Menurutnya, sepanjang penjelajahan, selain mendapat sokongan daripada masyarakat umum dan sahabat handai yang berada di negeri yang berlainan. 

Selepas ini, dia akan menggunakan cara yang sama dan meneruskan penjelajahannya ke Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan untuk menyampaikan kesedaran tentang penyakit kanser, dijangkakan seluruh penjelajahannya akan selesai pada 8 September.

Sekiranya terserempak dengan Zaki, jangan lupa tumpangkan dia walaupun ketika itu destinasi yang anda ingin tujukan tidak sehaluan dengannya, ini kerana tindakan anda secara tidak langsung memberi semangat buat seorang individu yang ingin menyampaikan mesej positif kepada pesakit kanser di negara kita.- CARI

29

Bagus
23

Marah
24

Terkejut
22

Sedih
33

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 2-9-2016 08:32 AM
tumpang bangga dengan keazaman beliau.. Semoga cepat sembuh..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.108254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top