CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengguna Kereta Auto, Jangan Tukar Gear "P" Di Lampu Isyarat

1-9-2016 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22890| Komen: 42


Oleh : Dean BZ


Kereta transmisi automatik menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dikendalikan berbanding kereta transmisi manual.


Jika berada dibandar-bandar, kereta gear automatik sangat membantu kerana tidak memerlukan banyak tenaga untuk menukar gear dan menekan pedal klac terutamanya ketika jalan sedang sesak dengan kenderaan.

Ramai yang sudah maklum cara asas untuk menukar gear namun mungkin ramai yang masih tersilap tentang cara penggunaan gear automatik dengan betul. Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Jadi untuk mengelakkan kerosakan gearbox, jom pelajari cara betul mengendalikan gear auto.

Sumber foto - Carsut.com


JANGAN TUKAR GEAR “P” DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – Reverse, untuk mengundur kereta anda

N – Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja.

3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.

2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

L – Low gear, gear pertama.

Jika anda pernah melakukan kesilapan diatas, sama-sama perbetulkan bagi memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda. - CARI




sumber: siemens-melayumaju.blogspot.com
18

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Grndrbi 1-9-2016 05:15 PM
Info Berguna.
Quote Artemesiaa 1-9-2016 05:32 PM
Betul tu itu le sepatutnya dilakukan bila memandu kereta auto
Quote PongKang 1-9-2016 11:38 PM
teringat michael ang lupa tarik handbrake masa bawak kete. heshe ckp padanla ketenya berat! lol
Quote Super-M 2-9-2016 01:21 AM
Erm..aku xtahu ada kaitan tak gearbox rosak.tp memang aku tak beritahu suami aku,masa aku bawak kete kat traffic light tu kete aku tengah jalan lepastu aku nak letak kat 'n' tapi aku tertekan tolak ke reverse

Bygkan kete tgh jalan masatu tetiba berhenti mati terus enjin.sebulan lepastu kete masuk bengkel gerabox rosak
Quote fishcracker 2-9-2016 08:34 AM
keta iol dah 11 tahun,memang dah time le tukar gearbox 3 tahun lepas,sebelum puasa aritu pun dh kene overhaul
Quote holothurian 2-9-2016 08:53 AM
baru tau..huhu..
Quote idadzira 2-9-2016 09:41 AM
masalahnya kereta aku tak de tekan2 tombol ni. Auto tapi ada lekuk2....hahaha camner tu???
Quote idadzira 2-9-2016 09:41 AM
masalahnya kereta aku tak de tekan2 tombol ni. Auto tapi ada lekuk2....hahaha camner tu???
Quote -electrifying- 2-9-2016 04:47 PM
kdg2 lupa nk lpas hand brake
Quote Jajabeans 2-9-2016 05:44 PM
penah jugak lupa nak lepaskan handbrake.. dh gerak dlm 10km baru pasan. result dia, dkt bahagian gear tu panas. ada bau hangit2 ckit. mungkin tayar
Quote JENABREJAM89 2-9-2016 06:21 PM
Xpernah lagi time tunggu traffic light gear letak kat P , biasa tekan brek jee .... bising laki iols .... iols cepat gelabah kalau dah hijau baru nak masuk gear .... kalau jalan tu iols dah biasa  mmg letak kat N bila traffic light....
Quote JENABREJAM89 2-9-2016 06:23 PM
Jajabeans replied at 2-9-2016 05:44 PM
penah jugak lupa nak lepaskan handbrake.. dh gerak dlm 10km baru pasan. result dia, dkt bahagian gea ...

betul tu .... pernah jugak time tu tgh ajar adik bwk keta ... dah 3kali round taman baru perasan xlps handbrake .....hangit je baunye
Quote jerukkedondong 2-9-2016 07:23 PM
Klu kat traffic lite..tekan brake je tak boleh ke...iols selalu buat gitu...
Quote JENABREJAM89 2-9-2016 07:58 PM
jerukkedondong replied at 2-9-2016 07:23 PM
Klu kat traffic lite..tekan brake je tak boleh ke...iols selalu buat gitu...

Nnt brek cepat haus uolsss ..... iols pun salu gak buat gitu .....
Quote Mcd0001 2-9-2016 08:01 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


[align=left100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!

Mari mari mari!


Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote JENABREJAM89 3-9-2016 09:44 AM
Mcd0001 replied at 2-9-2016 08:01 PM
Hey bro! Hi kawan2!!



Ko dah kaya ke??? Kalau dah kaya muka ko masuk tv n surat kabor .... baru teman join ye ....
Quote bianglala 3-9-2016 03:59 PM
dari gear P ke R tak smooth, macam ada sangkut sikit,  siapa tahu kenapa...
Quote jazaa100 3-9-2016 11:00 PM
JENABREJAM89 replied at 2-9-2016 06:23 PM
betul tu .... pernah jugak time tu tgh ajar adik bwk keta ... dah 3kali round taman baru perasan x ...

Klu aku jd adik kau....aku suruh kau register kat sek memandu lg sekali....   
Quote jazaa100 3-9-2016 11:03 PM
Aku malas nk amik tau ni semua....

Klu aku rajin, aku letak je kat P & tarik hand brek....tu klu rajin....

Selalunya aku tekan brek je klu kat traffic light....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top