Oleh Izzah Abbasy
Pada malam perasmian Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang berlangsung di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Khamis baru-baru ini menjayakan Filem Ola Bola merangkul tiga trofi. Ola Bola yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan itu merangkul anugerah menerusi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik (Elaine Ng dan Weng Sham) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Onn San dan Alex San). Manakala filem tersebut turut merangkul trofi dalam kategori Lagu Tema Asal Terbaik (Zee Avi dan Rendra Zawawi) menerusi lagu Arena Cahaya. Untuk rekod, Ola Bola menerima 14 pencalonan secara keseluruhan pada FFM28 tahun ini. Malam kemuncak FFM28 bakal berlangsung di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 September ini. Sementara itu, FFM28 turut menyampaikan Anugerah Penggiat Belakang Tabir kepada Mohd Noor Tagaya, 76, atas sumbangannya kepada industri perfileman. Trofi disampaikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. - CARI
|
chazey replied at 3-9-2016 07:18 AM
Menang kategori teknikal saja ka? Kasihannya. So sapa dapat best picture? Filem Mat Rempit Imanginat ...
dauswq replied at 3-9-2016 11:24 AM
Mlm ni lah chazey
ADVERTISEMENT