Oleh Izzah Abbasy
Wanita perlu bayar zakat? Pasti anda keliru kan? Ramai wanita mengambil mudah tentang keperluan berzakat kerana sering melabelkan zakat itu adalah zakat fitrah semata-mata serta menyerahkan urusan pembayaran zakat tersebut kepada bapa (bagi wanita yang belum berkahwin) atau suami. Ada beberapa jenis zakat yang perlu dilunaskan golongan wanita kerana kaum hawa hari ini mempunyai karier malah pendapatan tinggi. Ini kerana dalam syarat wajib zakat tidak ada dinyatakan gender mahupun had umur untuk melengkapkan Rukun Islam yang ketiga itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dirikanlah solat (wahai wanita), tunaikan zakat (wahai wanita) dan taatilah Allah dan RasulNya (wahai wanita).” (surah Al-Ahzab : 33) Zakat Yang Perlu Dilunaskan Kaum Wanita 1) Wanita berkerjaya selain perlu mengeluarkan zakat ke atas pendapatan yang diterima mereka juga perlu peka beberapa jenis zakat lain yang sering kali terlepas pandang. 2) Perlu diingatkan bahawa wang simpanan anak-anak juga merupakan harta terkumpul yang wajib dikeluarkan zakat jika wang ini cukup nisab dan haul (tempoh setahun). 3) Nafkah zahir yang diberi oleh suami setiap bulan jika melebihi nisab dan haul turut wajib dikeluarkan zakat. 4) Begitu juga dengan emas yang digunakan untuk perhiasan diri wanita sama ada digunakan sekali-sekali atau berterusan. Emas perhiasan wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf (adat kebiasaan). 5) Perkara yang sama jika seseorang wanita itu menerima wang hasil caruman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas mencapai umur persaraan. 6) Bagi wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan termasuklah jenis online, mereka juga sebenarnya tidak terlepas daripada dikenakan zakat perniagaan sama seperti usahawan dari golongan lelaki. Terdapat dua kategori qada zakat yang ditetapkan iaitu: 1.Qada’ Fauran (wajib pada waktu tersebut) Sekiranya terlupa mengeluarkan zakat fitrah dalam tempoh yang ditetapkan wajib membayar kadar zakat tersebut secepat mungkin. 2.Qada’ Muta’akhor (boleh diganti berperingkat-peringkat atau beransur-ansur) Sementara qada zakat harta boleh dilakukan secara sekali gus atau boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat atau pemotongan bulanan mengikut kemampuan. Untuk info lebih lanjut tentang zakat dan cara pembayaran boleh layari laman web http://www.zakat.com.my Sumber : Nona |
12
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT