CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Benarkah Ikan Kembung Jauh Lebih Baik Dari Salmon?

6-9-2016 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10711| Komen: 27

oleh Adib Za

Ikan salmon memang dikenali mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Namun, baru-baru ini ada pihak yang menyatakan anda kini boleh mendapatkan sumber omega-3 melalui ikan yang lebih murah iaitu ikan kembung. 


Malah, dikatakan ia memiliki kandungan omega-3 yang lebih tinggi berbanding ikan salmon itu sendiri. Benarkah?

Kandungan omega-3 ini dipercayai mempunyai sangat banyak manfaat kepada kesihatan termasuklah menurunkan kadar kolestrol dan mengelakkan penyakit jantung. 

Memetik kata-kata Dr Damayanti, seorang pakar perubatan dalam persidangan Komitmen Bersama Institusi Kesihatan dan Pelaku Industri Dalam Mengatasi Penyakit Degenaratif dan Double Burden di Indonesia,  dia berkata:




"Jika saya bertanya makanan apakah yang mengandungi omega-3 yang paling tinggi, pasti ramai yang menjawab ikan salmon. 

Sedangkan ikan kembung atau bahasa lainnya ikan makerel memiliki omega-3 paling tinggi. Jadi untuk mencari keperluan gizi anak tak perlu mahal, yang sederhana namun lebih bergizi, kalau rajin mencari informasi," ujarnya memetik laman Okezone. 

Selain ikan kembung dan juga salmon, omega-3 dapat didapati daripada ikan keli, ikan patin, ikan sardin, udang, kerang, bayam, labu dan brokoli. - CARI 


Foto: Carian google
11

Bagus
3

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 6-9-2016 04:19 PM
Edited by mdhelmi at 6-9-2016 04:23 PM

tertanya2 ape maksud paling tinggi
ikut wiki ikan sardin tinggi lagi
Quote kornea 6-9-2016 04:59 PM
Tak kisah lah
Quote Artemesiaa 6-9-2016 05:31 PM
Untuk orang Asia ikan kembung dan sardin lebih mudah dan murah didapati berbanding ikan salmon yang lebih mahal harganya.  Jadi boleh le beralih ke ikan kembung dan sardin untuk bekalan omega3
Quote FARRAZOOL 6-9-2016 08:21 PM
Harga ikan kembung pun dh makin mahal skrg
Quote Lagubestbest 6-9-2016 09:06 PM
Tapi isi salmon lagi sedap.
Quote fishcracker 7-9-2016 11:16 AM
alah ikan kembung,kena pantang kalau tak naik gatal2
Quote -electrifying- 7-9-2016 02:16 PM
xreti mkn ikan
Quote JeNaB_PopPop 7-9-2016 02:54 PM
ikan salmon yg kat supermarket semua pun import dari luar....dah dibeku diawet berbulan2....baik laaa beli ikan kembong fresh...murah pun murah....lagi berkhasiat....
Quote lasagnaklcc 7-9-2016 06:06 PM
Ikan kembong pon dah mahal skrg.

Btw nak lagi sihat mkn ikan sungai.... Ikan laut byk merkuri.
Quote applemy 8-9-2016 10:15 AM
Zaman study dulu kerap makan ikan kembung cili gerai.. org selalu komen muka ai nampak penat & tak bermaya aje.. isk

Sekarang dah keja, asik feeling2 aristocrat makan salmon.. org komen.. stim la bila salam ai, licin halus mcm pompuan.. lariiiieee
Quote weeween 8-9-2016 02:18 PM
org kedah panggil ikan temenung.... petang2 chek tunggu ja nelayan balik kat kuala kedah tu.. dpt beli yg fresh... sedap goreng garing-garing.
Quote zameyla 8-9-2016 04:30 PM
weeween replied at 8-9-2016 02:18 PM
org kedah panggil ikan temenung.... petang2 chek tunggu ja nelayan balik kat kuala kedah tu.. dpt be ...

mesti manis kan ikan fresh2...
sedapnya goreng garing2 cicah cabai kicap...
Quote Joannalee 8-9-2016 09:38 PM
Kejb ikan tu kejb ikan ni bgs.  Kejb dpt cancer la ape la... Mane satu ni
Quote cikgubesar 4-10-2016 12:49 PM
ikan tenggiri yang paling tinggi.ikan kembung ni kena pandai cari yang segar sebab ikan kembung ni di antara ikan yg popular utk diletak formalin(ubat pengawet mayat)supaya tahan lama.jadi kena beli yg betul2 segar barulah khasiatnya dapat dimanfaatkan sebaiknya
Quote azimodin 4-10-2016 01:53 PM
Aku dulu x suka makan ikan kembung tapi lepas mak meruta aku buat ikan kembung goreng garing ditaburi hirisan bawang besar & cili padi di goreng layur, terus suka
Quote talapia 4-10-2016 02:17 PM
walau ikan kembung tu fresh giler... tinggi kandungan omega 3 nya.. tapi cara masaknya digoreng garing... alahai... tang mane sihatnya?

kalau salmon kan biasanya kita grill... pan fry je.. tapi tak fresh manalakan..

cuma klau utk diratah2... aku prefer salmon lagi drpd kembung...
Quote chipsmoremore 4-10-2016 02:36 PM
talapia replied at 4-10-2016 02:17 PM
walau ikan kembung tu fresh giler... tinggi kandungan omega 3 nya.. tapi cara masaknya digoreng gari ...

ikan kembung buat masak gulai tempoyak pun sedap...taruk timun walahhhh...sedapnyerr
Quote cikgubesar 18-10-2016 01:42 PM
ikn kembung atau mabong tu yg mahal.kalau pelaling murah jer.btw pernah terbaca dlm artikel ikan tenggiri juga tinggi omega 3
Quote biskutraya 18-10-2016 03:46 PM
ikan tinggi DHA. nak tau tak DHA kt mana? paling banyak dekat belakang mata ikan tu. kalau makan ikan yang disteam senang dapat. kalau ikan goreng dah takde ye.. cabut mata ikan tu, nanti ade nampak lendir2 belakang tu. tu la bahagian tinggi DHA. yg penting supaya sel2 otak berhubung.. jadi kalau  kita selalu pelupa2 tu bagi diorang makan blkg mata ikan ni.. so kalau letak duit tak ingat kt mana nanti boleh ingat balik..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top