CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kes Buli : Kini Muncul 'Samseng Kecil' Belasah Rakan Selepas Habis UPSR?

6-9-2016 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5935| Komen: 17|Original author: Oleh Izzah Abbasy

Lagaknya seakan sudah biasa melakukan aksi pukul dan bergaduh. Lagi kes buli jadi viral di laman sosial memaparkan video seorang pelajar dibelasah di dalam kelas.

Dalam klip berdurasi 2 minit 28 saat yang viral di laman sosial Facebook, seorang pelajar bertindak seperti samseng membelasah seorang rakan pelajar.


Kejadian disaksikan rakan-rakan sekelas, namun mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Sekadar melihat dan kejadian tersebut seakan biasa berlaku.

Mangsa dilihat terbaring di atas lantai dipijak, ditumbuk bertubi-tubi dan dipukul dengan kerusi.

Tidak cukup setakat itu, 'samseng kecil' berkenaan turut menarik baju mangsa, menampar dan mencekik leher mangsa. Mangsa turut ditolak ke lantai.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kejadian tersebut berlaku di Putatan, Sabah dan kes ini masih dalam siasatan. Ada pihak menyatakan kes ini berlaku ketika pelajar baru sahaja habis menjalani peperiksaan UPSR.

Inilah hal yang ditakutkan apabila guru tidak masuk ke kelas atau sedang bermesyuarat. Pelbagai kejadian boleh berlaku dalam sekelip mata. Buli, bergaduh sesama sendiri sehinggakan menyebabkan kematian. Mangsa pula sudah pasti takut untuk mengadu kepada guru bimbang setelah diugut keras dan akan dipukul di luar sekolah.


Oleh itu, nasihatilah anak-anak anda agar tidak menyembunyikan apa-apa jika dibuli dan dipukul rakan sekolah. Melihat mereka murung, sedih dan tidak mahu bergaul sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Berbincang dan berilah ruang kepada anak-anak untuk menjelaskan dan menceritakan apa yang terjadi ketika di sekolah. Tidak kiralah hal yang baik, gembira mahupun buruk seperti kes buli ini. - CARI

24

Bagus
20

Marah
26

Terkejut
29

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FARRAZOOL 6-9-2016 05:44 PM
Dasyat...
Quote westaste1 6-9-2016 06:34 PM
budak2 yg asalnya budak baik pun boleh bertukar jd raksasa pembawa kehancuran kalau xcukup kasih syg atau di provoke, atau apa2 melibatkan maruah keluarga...
Quote alinone78 6-9-2016 07:16 PM
Gila gengster ini budak
Elok hantar ke Ghaza j
Quote IrfanSYT 6-9-2016 08:33 PM
Kalaulah yg berdasarkan komen facebook tu betul, matlamat tak juga menghalalkan cara untuk menggunakan kekerasan. Agak kecewa dengan kawan-kawan dalam video itu yg tak mengleraikan pergaduhan tersebut. Kepada ibu bapa, waspada dan didiklah anak-anak anda. Anak adalah amanah Tuhan. Anda jualah yg bakal disoal dan ditanggungjawab di akhirat kelak.
Quote DeeHanania 6-9-2016 09:28 PM
Edited by DeeHanania at 6-9-2016 09:35 PM

Anak siapa laa tu,sampai patah riuk ko kerja kan kawan tu...siap membaling kerusi lagi,cara dia memukul tu banyak dibahagian kepala,tengkuk...dahsyat!!yang lain pun diam jek,bukan nak meleraikan...Mana Ustaz/Ustazah ketika kejadian tu?Mintak PDRM tolong pantau...
Quote teha86 7-9-2016 10:15 AM
ustaz ngn ustazah tggu video tok diviralkan...wakakakakakakakka
Quote ecstatic 7-9-2016 12:08 PM
mana videonye
Quote honeybee1802 7-9-2016 01:06 PM
Ngejek n calling names tu buli jugak namanya... So dlm kes ni dedua membuli la..
Quote awanbiru0101 7-9-2016 01:49 PM
for any reason, takde hak untuk pukul anak orang.
luluh hati mak bapak kalau balik sekolah tgk anak gigi dah bersepai.
provokasi, ejek mengejek, what so ever lah...dua2 nak kena titik
Quote nafham 8-9-2016 03:22 AM
Nama pun baru 12 tahun. Sama lah mcm korang time umo 12 tahun. Hingus oun menjejeh2 lagi. Sah2 lah time tu mana ada pertimbangan konon2 nak fefeling Izzah Ombak Rindu bagai bila nama bapak yg baru meninggal dipermainkan. Kau baru jd anak yatim, pastu org duk ejek2 ko anak yatim. Takkan lah ko nak duduk bersimpuh smbil tadah tangan berdoa moga org yg ejek bapak ko tu diberikan hidayah konon2nya. Memang tak lah kan...
Quote noqiz 8-9-2016 05:49 AM
kadang2 budak yang mengejek tu kena ajar sikit. budak yang pukul tu mesti sedih.. ayah dah meninggal... tu yang terlebih pukul tu.
bagus jugak ajar mulut2 puaka nie...kecik2 lagi dah pandai bermulut puaka.
kesian tau..budak kecik..kematian mak atau ayah.. emosi tak stabil
Quote krustykrab 8-9-2016 08:38 AM
kpd yg komen kata budak sebsar ni kena ada pertimbangan tu, maybe x pernah jadi budak kut...
umur mcm tu bila dah kena ejek selalu, mesti la kalau baik mcm mana pun, lama2 akan meletus jugak marahnya...

anak aku pun selalu mengadu kawan2 suka ejek fizikal dia, aku ckp ejek je balik apa2 yg patut bior budak tu sakit hati pulak....kdg anak aku pukul je budak2 yg mulut hansuang ni ( aku ckp jgn ko pukul pompuan pulak) sbb dah tak tahan...

yg pompuan pun boleh tahan mulut bila mengejek, bila dah tak tahan bawak mak pak serang budak yg balas balik, mak pak ni kdg kena perati gak anak ni w/pun depan kita nmpk baik sangatttttt, pandai belajar, x semestinya semua dia ckp tu betul....ada yg suka menipu....jgn ingat bebdudak x pandai menipu
Quote leylapple 8-9-2016 08:57 AM
rules mana yang kata kalo kena ejek blh balun kawan sukahati?

rules mana pulak kalau sebut nama mak pak esp diorang dah meninggal blh balun org sukahati?

niat tak menghalalkan cara...lagipun cara pukul tu pun dah tau jenis budak biasa pukul org bagai kerasukan...

budak yang kena pukul langsung tak melawan.. kalo benarlah budak tu dulu yang mulakan ejekan dia pasti melawan...

saja nak sided benda yang salah... carik jer alasan utk 'menghalalkan' balun kawan..

so pathetic!
Quote madknownz 8-9-2016 12:49 PM
wow....aku 12 tahun masih main guli.
Quote dewi 8-9-2016 01:37 PM
takat kena ejek , bukan dia kena pukul  pun.

paling habis pun kasi sedas cukup la. ni  bukan sedas , siap baling2 kerusi lagi.
budak yg ejek dia pun dah tak melawan pun .  its an overkill gitu

bak kata org...
marah nyamuk sembur jer ridset, ke tepuk kasi sekali
tak perlu nak bakar kelambu, bantal , tilam dgn rumah2 sekali bakar .
Quote babyLON. 8-9-2016 04:31 PM
budak ni baru 12 tahun kot, fikiran tak panjang sgt, emosi tak menentu bapa baru meninggal tambahan pula stress upsr. dah kau yg minta habuan dik ejek2 dia anak yatim & permainankan pula nama bapa dia yg dah mati mmg mendapatlah ingat lidah tu lebih tajam drpd pedang. aku harap hal ni dijadikan pengajaran bg kedua dua budak, yg satu kena tingkatkan kesabaran ke tahap maximum pedulikan ja org yg tak sayang nyawa ni. yg satu lagi sila sila lah jaga mulut kerana mulut badan binasa, sarang tebuan jgn dijolok, terlajak perahu boleh berundur terlajak kata baring atas lantai kena belasah
Quote kucing02 26-11-2018 04:19 PM
bdk2 zaman skrg..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047965 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top