|
oleh Adib ZA Pelbagai fesyen yang unik dan juga boleh dipanggil pelik kian menjadi pilihan ramai orang. Terutama yang dijual menerusi internet dan juga laman sosial seperti di Facebook dan Instagram.
Ada-ada sahaja fesyen yang ingin diketengahkan. Terbaru, sebuah kedai online bertaraf international, Asos telah menggemparkan para pengguna media sosial dengan rekaan seluar khusus untuk wanita yang memiliki ekor dinasour! Memetik laman glamour.com, awal bulan lalu seorang model Asos dilihan mengenakan seluar pendek yang dipadankan dengan ekor dinasour berwarna hitam. Tak tahu di mana keistimewaannya, yang pasti ianya tampak agak melucukan dan belum tentu ramai yang ingin dan cukup berani menggayakannya!
Ada juga netizen berasa keliru tentang fesyen berekor binatang itu dan tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang bergaya pun. Bagaimana pula dengan anda? Adakah fesyen seluar berekor tampak kool dan stylo? - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.703256 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.