|
Oleh : TS LOO Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM bukan sepertimana yang disebut iaitu BERSATU. Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan dilakukan di antara parti itu dan ROS. "Bersatu (singkatan nama parti) tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perkataan itu (dalam nama parti mereka). Tambah beliau kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.
"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi, manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.- CARI sumber berita : Bernama
|
|
20
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
21
![]() Terkejut |
7
![]() Sedih |
19
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.395717 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.