Sekiranya anda sesuka hati membuang sampah di merata tempat, merekalah yang akan mengutip satu demi satu sampah yang dibuang oleh anda demi menjaga kebersihan kawasan persekitran.
Netizen bernama Zaki memuat naik beberapa keping gambar di facebooknya, yang menunjukan dua orang warga asing dengan bersarung tangan mengutip semua sampah sarap di sepanjang jalan dengan bersarung tangan, kemudiannya guna beg plastik yang berwarna merah bungkus dengan elok sampah tersebut.
Zaki menyatakan dalam status, pasangan warga asing ini setiap hari akan berada di tepi jalan di kawasan Taman Bukit Dahlia, Johor untuk mengutip sampah sarap.
"Mereka mengutip sampah sarap yang dibuat oleh kita, ke mana pergi tanggungjawab kita semua?"
Kenyataan di statusnya dalam masa sehari sahaja telah dikongsi oleh puluhan ribu orang.
Terdapat seorang netizen memberi komen dengan menyatakan, pasangan warga asing itu adalah jirannya sambil memaklumkan mereka itu tinggal di Taman Bukit Dahlia, dan setiap pagi pasti akan lihat mereka berdua mengutip sampah di sekitar kawasan perumahan.
Menurut komen dari netizen tersebut, pasangan suami isteri tersebut berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Seorang lagi netizen Rose pula beritahu, bagi mereka Malaysia adalah merupakan rumah yang kedua, mereka sangat suka kebudayaan, cuaca dan makanan Malaysia, mereka sedang berusaha belajar bahasa Melayu.
Tambah Rose lagi, sebenarnya dialah guru bahasa Melayu bagi mereka berdua dan turut memuat naik sekeping gambar yang diambil bersama mereka.
Kelakuan pasangan warga asing itu memberi kesedaran buat kebanyakan netizen terhadap tabiat membuang sampah merata yang buruk, rata-rata turut memuji mereka berdua dan rakyat Malaysia wajar mencontohi mereka.
Komen netizen yang lain :
# hari itu ketika di tandas saya nampak seorang warga asing mengutip semua tisu yang berada di sinki dan dibuangkan ke dalam tong sampah, kemudian juga mencuci lantai dan membersihkan cermin. Dia tidak mempedulikan pandangan orang-orang di sekelilingnya.
# Yang paling memalukan saya adalah ketika memasuki pesawat, penumpang tempatan biasanya akan berebut untuk dapat tempat duduk, tetapi warga asing khususnya orang putih mereka tidak akan bertindak begitu, ada kala kita beri tempat pada dia, mereka pun tak nak.
# Saya pernah bekerja di restoran makana segera, orang putih apabila sudah habis makan, mereka akan kemas sendiri dan buang sampahnya, tindakan sedemikian meringankan kerja saya.
Ada seorang netizen berpendapat, sekiranya inginkan Malaysia maju jaya, kita semua tidak harus menanya kenapa pihak majlis perbandaran atau kerajaan tempatan tidak menjalankan tugas mereka, sebaliknya kita semua harus mengambil inisiatif sendiri menjaga kebersihan di kawasan persekitaran kita dan bukan hanya jaga kawasan rumah sendiri sahaja, mengelakkan buang sampah sesuka hati di kawasan lain.
Ingat, menjaga kebersihan tanggungjawab bersama! - CARI