Oleh : TS LOO Terjadi lagi kes kanak-kanak maut akibat didera dengan kejam oleh ibu bapa sendiri! Siang tadi, sepasang suami isteri dari Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa bulan lalu. Muhammad Hafiz I D Osmera, 21, dan isteri, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 21, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mona Shazwani Kamarul Zaman di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Hafizul Faris Che Razlan. Pasangan berkenaan didakwa bersama-sama membunuh Nadzirah Nur Safiah Sabarudin yang juga adik kepada Fathin Nur Athirah di sebuah rumah di Jalan Tenggiri, Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, di sini, antara 30 Julai hingga 29 Ogos lalu. Hazwanie kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.- CARI sumber berita: Bernama
|
36
Bagus |
26
Marah |
23
Terkejut |
19
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iqbalriad replied at 8-9-2016 05:51 PM
konpius aku...arwah tu anak atau adik isteri..
ADVERTISEMENT