CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Buat Tak Kisah Jika Telinga Kerap Berdesing

9-9-2016 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 27356| Komen: 29

Oleh Izzah Abbasy

"Ouch, kenapa telinga berdesing ni? Sakitlah!"


Kadang-kadang rasa tak selesa dan agak takut sebenarnya. Manalah tahu tiba-tiba boleh jadi pekak. Betul tak?


Kenapa telinga tiba-tiba berdesing?

Sesungguhnya telinga yang berdesing ini menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepadaku. Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir "ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR" (Rujuk Al-Azakar: 133).

Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH SWT mengingatkan orang yang mengingatiku dengan kebaikan."

Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan daripada ALLAH SWT kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA.

Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH SWT itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.
 
Ada juga yang berpendapat jika telinga berdesing petanda daun dari pohon arasy gugur lalu mengenai daun yang tertera nama kita. Dengan erti lain saudara terdekat kita meninggal dunia. Wallahualam.

Gambar hiasan


Pendapat doktor berhubung telinga berdesing ini :

Perunding Pembedahan ENT, Dr. Lim Wye Keat berkata, keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuk jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak.

Tinitus juga katanya berlaku disebabkan pendengaran terjejas sejajar dengan peningkatan usia.

Secara dasarnya kata beliau, setiap individu normal mempunyai pendengaran luar dan dalam (desingan) semula jadi sejak dilahirkan. - CARI

16

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 9-9-2016 02:15 PM
iolls setiap beberaa tahun sekali akan kena tinitus ni...dan dia bukannya kejadian on off gitu, tp berpanjangan setiap hari sehinggalah iolls gi ENt kat pudu, barulah okey...

pernah jadi mcm tu selama 2 bulan, memula gi tawakal, habis duit gitu je, last2 iolls google ada yg recommend ENT kat pudu ni, alhamdullilah ok, tp dekat RM500 gak lah..

mmg strss okey bila kejadian tinitus ni, rasa nak tumbuk je muka org yg sedang berckp dgn kita
Quote Artemesiaa 9-9-2016 05:16 PM
Bagus ada pencerahan berdasarkan agama dan medic
Quote DayangKirana 9-9-2016 05:30 PM
Ada juga yang berpendapat jika telinga berdesing petanda daun dari pohon arasy gugur lalu mengenai daun yang tertera nama kita. Dengan erti lain saudara terdekat kita meninggal dunia.


masa kecik2 dulu selalu orang2 tua bagitau pasal nie.. naif punya pasal, cepat2 doa agar mana2 daun yang nak gugur tuh, harap gugur la jauh2 sikit...jangan nak timpa2 daun aku..
Quote AlienGurlz 10-9-2016 12:04 AM
Aku selalu juga kena telinga berdesing ni. Tapi tak ada la sentiasa berbunyi je. Kejap je lepas tu hilang.
Quote iu12 10-9-2016 12:32 AM
First time tau pasal benda ni. Whoa
Quote makbedah 10-9-2016 10:28 AM
I kadang2 berdesing juga telinga. tak kerap lah tapi
Quote rosasa 10-9-2016 11:06 AM
husband akak baru minggu lepas kena, lepas sakit kepala teruk, heols kena telinga berdesing ni

then jumpa few docs, katanya sebab stress la, pemakanan la, bg ubat tahan sakit je & kena kurangkan makan protein & lebihkan bersenam..ntah kenapa pulak doc suggest macam tu

4-5 hari dah hilang
Quote imransulaiman 11-9-2016 09:28 AM
Saya sekarang ni mengalami telinga berdesing ni

Dah lebih seminggu. Ada yang cakap kurang minum air putih....dan saya memang kurang minum air putih dua tiga menjak ni... Huhuhu!

Memang tak selesa rasa badan. Bunyi-bunyi sekeliling tu seolah-olah berada dalam otak!
Quote pensil82 12-9-2016 04:25 PM
nice info sharing...islamic and medic fact..
thanks..! !
Quote mirandanicky1 13-9-2016 10:36 AM
Mcm simptom vertigo
Quote blinkazwa 14-9-2016 09:14 AM
krustykrab replied at 9-9-2016 02:15 PM
iolls setiap beberaa tahun sekali akan kena tinitus ni...dan dia bukannya kejadian on off gitu, tp b ...

selalu sangat..
sampai satu tahap jadi pening.... berpusing2 kepala...
pastu telinga tu berdengung...
masa tu memang betul, siapa2 bercakap byk, memang akan rasa nak tumbuk muka org tu..
sampaikan akak cleaner tu vacuum opis pepagi pun aku rasa mcm nak maki..

so uols pegi ENT, punca dia apa..
rawatan cemaner dia buat..
takut la pulak..


Quote sue_liah 14-9-2016 03:48 PM

telinga berdesing ni iols pernah kena juga tp x selalu kdg2 pastu nti ilang sendiri

mmg klau bdesing iols selalu ingat daun dari pohon arasy gugur, nti mgucap la iols byk2

Quote westaste1 15-9-2016 06:12 PM
igt tu tuan2 dan puan2 semua, telinga berdesing adalah tanda2 ada gangguan makhluk halus, bkn kerana anda terkena penyakit2 tertentu... subhanallah... kita yg berusaha utk pulihkan diri sampai bermandikan peluh, tetapi pada akhirnya Allah jugalah yg memulihkan kita... maka dgn itu saya menyarankan kpd tuan2 dn pompuan2 semua, duduk sajalah di rumah dan penyakit itu akan pulih dgn sendirinya, atas kehendak n kekuasaanNya...
Quote @chik 16-9-2016 04:46 PM
dulu telinga selalu bedengung.. skrg dah ok..alhamdulillah
Quote loaoan 16-9-2016 08:46 PM

Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!


Quote pearlady 16-9-2016 08:49 PM
ada petua apa2 x?
tgh mengalami...kesian laa daku..huk3
Quote K_Lily 16-9-2016 08:54 PM
Nice info. Tq for sharing.
Quote mervyinakamura 17-9-2016 08:42 AM
terbaik ada pencerahan tentang hall ni dalam agama dan medical
Quote MH3703 17-9-2016 12:02 PM
berdesing tu camna ekk? yg macam kalau naik flight atau naik turun elevator tu ke? kalau yg tu den selalu rasa, then kena telan air liur kan...camtu ke berseding tu?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051998 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top