CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Bekal Berbuka Ketika Trafik Jam !

30-7-2013 01:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4139| Komen: 11

Sekadar hiasan


Kuala Lumpur 30 Julai : Makanan diberikan sudah mencukupi sebagai alas perut sewaktu berbuka sementara menunggu kesesakan reda, sebelum keluar mencari makanan lain, kata kakitangan swasta Nurzuaema Che Kamaruzzaman, 28, semalam.

Dia menerima sumbangan pek berbuka puasa  diedarkan kakitangan Harian Metro kepada orang ramai sempena program Gempak Ramadan bagi menunjukkan penghargaan Harian Metro kepada pembaca di kawasan bandar.

Katanya, usaha  dilakukan Harian Metro memberi keselesaan kepada orang ramai untuk berbuka dengan pek makanan yang diberikan.

“Saya tak perlu tergesa-gesa  untuk keluar membeli makanan berbuka,” katanya.

Harian Metro mengagihkan 4,000 pek berbuka puasa kepada orang awam di empat lokasi sekitar ibu kota bermula semalam dan berakhir 1 Ogos.

Program berlangsung pada jam 5 petang di stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak membabitkan 20 sukarelawan terdiri daripada kakitangan editorial, unit penjenamaan serta kakitangan jabatan pengedaran NSTP.

Antara lokasi pek berbuka Gempak Ramadan adalah Stesen Putra LRT Bangsar (hari ini), Bangkok Bank dan Lebuh Pasar (31 Julai) dan Jalan Bukit Bintang (1 Ogos).

Sementara itu Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Putri Shireen Syed Othman berkata, program Gempak Ramadan itu bagi menunjukkan keprihatinan dan penghargaan Harian Metro kepada pembaca di kawasan bandar.

Katanya program ini adalah sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat selain program Titipan Kasih Ramadan Harian Metro.

“Program ini bertujuan  membantu warga kota  terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak berkesempatan pulang awal untuk berbuka puasa di rumah.

“Sumbangan  diedarkan ialah kurma, air mineral, akhbar Harian Metro dan makanan tajaan  Munchy’s dan Nestle Omega Plus,” katanya.

p/s Hamdalah, semoga diberkati Allah swt...


5

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 30-7-2013 10:35 AM
Bagus lah.
Quote citulla3 30-7-2013 10:42 AM
Alhamdulillah...beri mkn kepada org yg berbuka banyak pahalanya...
Quote pyropura 30-7-2013 10:52 AM

sepanjang bulan posa ni aku sentiasa standby dalam kereta air, susu/Milo, kurma/biskut dll. tuh, tiba time buka aku makan/minum dalam keta dulu apa yang ada....by the time aku sampai kat restoran, dah tak ramai orang dah & boleh berbuka seaman-aman nya....tak larat aku nak rushing kejar kejar atau book tempat untuk berbuka...



Quote taikor 30-7-2013 10:56 AM
Syukur alhamdulillah... paper Harian Metro ada buat... Utusang bila nak buat?? Ari2 buat kerja fitnah tak habes2. Benda yg baik tak buat
Quote rospinki 30-7-2013 12:13 PM
taikor posted on 30-7-2013 10:56 AM
Syukur alhamdulillah... paper Harian Metro ada buat... Utusang bila nak buat?? Ari2 buat kerja fitna ...

dulu keje kat kl ..ni jam dh duk jauh, kalu dk dapatler makan free


hai taikor..meow2 kita nk sama je
Quote a_gen2 30-7-2013 12:20 PM
tak sia2 jaja cerita seks, tunjuk aurat artis...akhirnya dpt juga belanja bagi org bukak puasa...besar pahala tau..
Quote cak! 30-7-2013 12:24 PM
a_gen2 posted on 30-7-2013 12:20 PM
tak sia2 jaja cerita seks, tunjuk aurat artis...akhirnya dpt juga belanja bagi org bukak puasa...bes ...

bersih dosa gitu
Quote pakwetizzaqyah 30-7-2013 12:25 PM
kurma nk ekspired las stock
Quote taikor 30-7-2013 12:55 PM
rospinki posted on 30-7-2013 12:13 PM
dulu keje kat kl ..ni jam dh duk jauh, kalu dk dapatler makan free

Aii... terjumpa adik aku kat porum nih

Quote kecimpret 30-7-2013 12:57 PM
“Makanan diberikan sudah mencukupi sebagai alas perut sewaktu berbuka sementara menunggu kesesakan reda, sebelum keluar mencari makanan lain,” kata kakitangan swasta Nurzuaema Che Kamaruzzaman, 28, semalam.

elehhh..yg sebenornya tak puasa sbb uzur


Quote prettyuglybabe 30-7-2013 01:23 PM
geli hati tengok gelagat depa kat tv semalam. bagi bungkusan makanan kat orang pastu kena amik gambar satu geng pegang sepanduk. senyum sumbing je la yang menerima

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.108088 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top