Setiap tahun pada bulan OKtober, kerajaan akan membentangkan bajet untuk tahun yang akan datang. Sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan bajet 2017, lazimnya beliau akan mendapatkan cadangan dan pendapat rakyat jelata. Sebelum ini, beliau di laman facebook rasminya telah menulis status bahawa beliau sudah buka satu kolum mengenai "Bajet Tahun 2017" di blog peribadinya, dengan harapan masyarakat boleh giat memberi cadangan yang membina. Blog berkenaan terdapat 4 bahagian: Kos sara hidup, perumahan & kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pengangkutan & infrastruktur. Dalam keadaan hidup di mana "semua barang naik harga, sebaliknya pendapatan pula yang tidak dinaikkan", kos sara hidup sememangnya menjadi bahagian yang paling diambil perhatian netizen.
Hanya untuk bahagian tersebut, dalam masa 4 hari sahaja, lebih 140 komen telah diperolehi. Komen dan cadangan bagi kumpulan netizen berkenaan, secara amnya boleh dibahagikan kepada dua kategori : 1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Setipa tahun akan mengedarkan bantuan kewangan yang berbeza jumlahnya kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga sebagai usaha untuk membantu saraan hudup mereka. Namun, bagi mereka yang berpendapatan sederhana ( gaji antara RM2000 ke atas) kebiasaannya tidak dapat menikmati keuntungan dalam rancangan skim tersebut. Jadi,ramai juga orang awam menggunakan platform terbabit untuk mengadu bahawa golongan sederhana pendapatan juga mengalami bebanan hidup yang teruk. Ada sebilangan netizen pula mengatakan, biarpun kerajaan berpendapat BR1M dapat merangsangkan ekonomi Malaysia, tetapi semua itu hanya lah merupakan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata, lepas habis belanja duit BR1M, semuanya akan kembali menjadi kosong. Segelintir netizen yang lain pula mencadangkan pihak kerajaan perlu menyemak semula sistem pengurusan BR1M, supaya sasarannya adalah ditujukan kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. 2. Ambil Berat Masalah Penganggur & Keluarga Miskin Selain BR1M, golongan menganggur dan keluarga miskin, netizen juga mempersoalkan beberapa perkara seperti mengurangkan bebanan hidup, meningkatkan elaun, kedai Satu Malaysia, semoga kali ini kerajaan akan mendengar isi hati golongan akar umbi. Berkenaan Bajet tahun 2017, apa pula yang anda ingin mengatakan? Jom layari kolum Bajet 2017 yang berada di blog peribadi perdana menteri untuk beri pendapat dan cadangan anda. Manalah tahu, mungkin pihak kerajaan terima cadangan anda dan menggunakannya! PIhak kerajaan akan mengadakan pembentangan bajet 2017 pada 21hb Oktober akan datang ini. - CARI |
18
Bagus |
13
Marah |
9
Terkejut |
3
Sedih |
13
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 13-9-2016 03:10 PM
sumber foto: Akaun Rasmi FB Najib Razak
putput replied at 14-9-2016 02:55 PM
setuju sangat. sila buat cadangan ni
ADVERTISEMENT