CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Adik Syara Teruk Lepuh & Bernanah Akibat Digigit Kumbang Rove!

14-9-2016 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16518| Komen: 111

Oleh : TS LOO


sumber foto: Harain Metro


Kelmarin Harian Metro melaporkan mengenai kesengsaraan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Syara Eryyna Mohd Syafiq yang luka teruk di kaki kiri, melepuh seperti terkena percikan api akibat terkena toksin Kumbang Rove.

Menurut ibunya, Fara Fauzan Ahmad Raimuzun, pada mulanya, dia tersalah anggap bahawa kesan lecur adalah herpes zoster atau kayap.

"Belakang lutut anak saya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu dan kemudiannya terus merebak hingga terpaksa dirawat di hospital dan doktor yang merawat mengesahkan anaknya terkena toksin Charlie."

Kemudian, bahagian melepuh itu semakin sakit membuatkan anaknya enggan bangun dari katil dan bergerak. Akibatnya terpaksa membawanya pergi menjalankan rawatan di hospital yang berdekatan. Doktor turut beri ubat jenis krim untuk disapu dan juga ubat tahan sakit.


Tanpa diduga, selepas disapu, keadaan bukan sahaja tidak berubah malah kesan lepuh menjadi semakin teruk, sehingga bernanah. 

Berikutan tidak dapat menahan kesakitan, anaknya mintanya jangan sapu ubat krim lagi bahagian lepuh itu. 

Akhirnya atas nasihat doktor, Fara Fauzan membawa anak menjalani pemeriksaan terperinci di hospital. Hasilnya mendapati, anaknya digigit oleh sejenis kumbang yang dipanggil Kumbang Rove yang beracun tinggi, tersentuh lendir atau cecair yang ada pada kumbang itu akan mengakibatkan kulit bernanah. 

Kini, anaknya terpaksa setiap hari pergi ke hospital mencuci bahagian luka yang tersentuh kumbang itu bagi bagi mengelak risiko keradangan kulit dan mata yang lebih teruk.
.
Memetik laporan Harian Metro, pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Dermatologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kartini Farah Rahim berkata, tindakan pantas perlu memandangkan serangga terbabit memiliki toksin berbahaya di badannya dan boleh menyebabkan mangsa mengalami lepuh dan lecur pada kulit.

sumber foto: internet

“Kumbang jenis ini semakin mudah didapati berikutan musim hujan antara Julai dan Oktober."

“Pada waktu pagi, kumbang ini merangkak di atas daratan, tetapi cenderung mencari lampu dan cahaya serta masuk ke dalam rumah pada waktu malam."

“Fizikalnya yang kecil sering membuatkan kita terlepas pandang, namun sentuhan kulit dengan kumbang ini boleh mendatangkan kesan radang dan penyakit paederus dermatitis (penyakit kulit yang melepuh dan melecur).” 

sumber foto: internet

Tambah Dr Kartini, sekalipun kumbang Rove tidak menggigit manusia, namun sentuhannya boleh mengakibatkan kawasan kulit menjadi merah, berair dan melecur pada keesokan harinya.

“Jangan sesekali menggaru kerana toksinnya boleh disebarkan ke kawasan kulit yang lain."

“Seeloknya kawasan yang bersentuhan dengan kumbang dirawat dengan kaedah rendam dalam larutan potassium permanganate atau garam biasa selama 30 minit."

“Jika kawasan berkenaan tumbuh belon air, cucuk kesan gelembung dengan jarum yang steril dan bersih, tunggu sehingga kempis dan sembur larutan potassium permanganate atau air garam setiap 30 minit sehingga satu jam."

“Kawasan terbabit biasanya akan kering selepas tiga hari,” 

Namun demikian, pesakit tetap dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai penyakit dihadapi.- CARI



sumber berita : Harian Metro
22

Bagus
26

Marah
22

Terkejut
25

Sedih
22

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 14-9-2016 06:32 PM
Wehh!!....bahaya betul kumbang ni.Kalau kena mata mesti buta terus...
Quote Greenbutterfly 14-9-2016 07:41 PM
Ya allah mintak di jauhkan jumpa benda ni
Quote shalola 14-9-2016 07:41 PM
Weh..sakitnyaaaaa
Quote crystel 14-9-2016 08:18 PM
Ini binatang yg org panggil charlie tu ke???
Quote awanearisu 14-9-2016 08:21 PM
kesian hai adik ni.. semoga cepat sembuh..
Quote mieymiey 14-9-2016 08:24 PM
Eeee bahaya nya. Kumbang ni kan saiz kecik, kadang kita tak perasan pun.
Quote mieymiey 14-9-2016 08:24 PM
Eeee bahaya nya. Kumbang ni kan saiz kecik, kadang kita tak perasan pun.
Quote catalina 14-9-2016 08:42 PM
Dulu org penah circulate dlm fb psl bahaya charlie ni ,x sangka this time jumpa kes nya pulak.
Quote famri7 14-9-2016 08:46 PM
di kawansa kampung pprt ada versi all black yang juburnya ber claw jua..yang iiteww merbahaya jua ke sis? sebab dkt kampung2 pprt bersepahan bawah lampu.
Quote edee_91 14-9-2016 08:57 PM
oh bahasa lain bagi charlie adalah kumbang rove rupanya.
Quote Grengo 14-9-2016 09:24 PM
Zika belum lepas. Charlie pulak muncul.
Quote Star_el 14-9-2016 09:25 PM
dulu aku kena gak dkt area kelopak mata, bengkak lama gak dan pedih bila kena air.
Kesian gila adik ni weh, pedih tu
Kena banyak kot, tu yg dahsyat sgt.
Quote edee_91 14-9-2016 09:26 PM
Grengo replied at 14-9-2016 09:24 PM
Zika belum lepas. Charlie pulak muncul.

charlie dah muncul jauh terlebih dahulu dari wabak zika bukan?

Quote hasniey 14-9-2016 09:28 PM
charlie ni mmg dh lama ada kan, dulu2 kt ada tmpal psl charlie kt klinik kesihatan kolej ai
Quote aHoi83 14-9-2016 09:36 PM
Kumbang sekecil itu pun mampu menghapuskan manusia. Tp manusia masih angkuh dr hari ke hari.
Quote tri-max 14-9-2016 10:05 PM
boleh buat snjata kimia kumbang ni...
hntr ke mdan perang mesti ramai yg ko sblm angkt senapang
Quote matamata 14-9-2016 10:07 PM
Semut kayap
Quote payit 14-9-2016 10:10 PM
Sapa first batch USM kat parit buntar,memang Kenal sgt dgn binatang Charlie nih....merana woiiiiii......
Quote caprut 14-9-2016 10:17 PM
hasniey replied at 14-9-2016 09:28 PM
charlie ni mmg dh lama ada kan, dulu2 kt ada tmpal psl charlie kt klinik kesihatan kolej ai

Ko ilkkm ke?

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.049112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top