CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Ini Kasi 'Brainwash' Mereka Yang Suka Kutuk Pusat Zakat, Baitulmal

14-9-2016 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8984| Komen: 30|Original author: Oleh: Adib Za


Sejak kebelakangan ini, ramai pihak suka menyalahkan pihak pungutan zakat dan juga baitulmal bila berita tentang mereka yang susah, gelandangan dan juga kemiskinan dipaparkan menerusi laman sosial.


Mulalah dengan kata-kata seperti: pusat zakat tak menjalankan tugas, tidur, tak peka dengan golongan yang kurang berkemampuan, lesapkan duit juta-juta dan sebagainya. 

Sedangkan, sebaliknya berlaku kebanyakan golongan ini telah pun mendapat bantuan pusat zakat dan baitulmal, tetapi tetap memilih untuk tinggal di tepi jalan dan meminta sedekah. 

Ini terjadi lazimnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang penuh dengan golongan pemurah. Dikatakan mereka yang meminta sedekah ini mampu mengutip sekitar RM200 hingga RM400 sehari. Cuba anda darabkan dengan 30 hari. Bukankah ia merupakan jalan mudah dan segera buat golongan ini?

Dalam masa yang sama, masih ramai yang menganggap golongan tersebut tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib. Di manakah silapnya?


Gambar hiasan. Sumber: Carian google


Yang mendapat nama busuk sudah-sudah tentulah pusat zakat dan juga baitulmal, tak lari juga pusat kebajikan masyarakat. 

Usah cepat menjatuhkan hukum terhadap badan bertanggungjawab ini. Mereka telah berusaha pada tahap yang terbaik untuk menangani golongan yang kurang berkemampuan.

Masih tidak percaya? Cuba hadamkan perkongsian daripada seorang netizen ini. Dia ternyata sangat peka dengan kehidupan para gelandangan dan tak mahu mereka terus hidup terbiar.

Dalam masa yang sama, netizen ini tetap 'menyiasat' adakah mereka pernah menerima bantuan atau benar kenyataan golongan gelandangan sering dipinggirkan?

Nah, baca kisah ini, moga lebih ramai yang mengikuti jejak langkah netizen ini untuk membantu golongan kurang berkemampuan, dalam masa yang sama membantu memudahkan kerja pusat zakat atau baitulmal untuk membantu golongan terbabit.  - CARI




12

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 15-9-2016 01:13 AM
ni aku nasihatkan kalau jalan kaki kat bb tu silalah cuci kaki dan tangan anda dengan dettol. kerana apa? kuman kqt situ nauzubillah. dengan sopak. dengan nanah. bertakung kat lopak situ. siapa pakai selipar mesti ada gatal gatal
Quote Andyscenes 15-9-2016 01:15 AM
nampak x kat situ? aku bukan kedekut tapi x percaya dah. baik gaji aku tolak utk zakat pendapatan, if dorg ckp gaji x layak, korg ckp nk derma je. nnt dorg buat akad n tolak dr gaji korg. settle..
Quote tsuza 15-9-2016 08:18 AM
ade betulnya apa yg brader tu bgtau..dah bg bantuan tp mengaharapkan sampai mati..dah xnk kje..

pastu dah bg rumah tumpang xnk tnggal kongsi..nak ddk sndri2 mcm rmh sndri..aduhh..sedar ke x sedar..atau lg sng nk dpt duit dgn tido tepi jln mcm tu je..hmm
Quote ~boolean 15-9-2016 08:29 AM
Sebab itu aku tak pernah beri duit atau ikut aktiviti beri makanan pada golongan ni...

Cukuplah zaman belajar dulu jah aku tolong...tapi bila drngar cerita mereka kadang2 sakit hati...ada yang lari dari penempatan sementara, ada yang jadi geladangan atas kehendak sendiri, ada yang tunggu saja makanan jatuh atas riba... pendek kata langsung tak ada usaha majukan diri! Dah dicarikan kerja pun tetap tak mahu.. kalau sudah tahap malas begitu, nak menolong buat apa
Quote ajinomotonosuga 15-9-2016 09:03 AM
orangg zakat kalo wat silap dapat 1 pahala kalo wat btui dapat 2 pahala
Quote MariaClara 15-9-2016 10:34 AM
mmg btol..rata2 mmg mcm tu..kerja malas...cakp baik2 kite dimarah kdg tu..pastu ade yg cakap belagak..sakit hati je cakap..aku hari2 lalu tpt gelandangan nk gi keje..sbb parking area situ...hmmm sampai ade yg knal dah...
Quote saladin780 15-9-2016 11:08 AM
selagi ada mentaliti 'takpelah kalu dia menipu tu urusan dia dgn tuhan'..selagi tu lah masyarakat trus kena tipu..
Quote framecermin 15-9-2016 12:22 PM
Ada member yg tlg agih2 makanan kat golongan gelandangan bagitau mentaliti mereka mmg gitu. Dia ckp beli rumah susah, baik dok tepi2 jalan tu tak payah susah2. Diaorg mmg tak de cita2 nak beli rumah, diaorg suka keadaan gitu sb tak payah fikir apa2. Ibarat kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg.
Quote harisanis 15-9-2016 12:35 PM
kenapa kita nk suapkn dorang makan, sedangkn gelandangan tu, xde rs pon nk usaha n cari hasil sdiri..mereka yg menzalimi diri mereka sdiri
Quote cik_nit 15-9-2016 01:50 PM
Tak semua gelandangan tu semuanya susah.. memang itu pilihan diaorg untuk teruskan hidup. Dah dia rasa bahagia macamtu...
Quote kelip2_07 15-9-2016 03:28 PM
untuk kes yg mcm nie mmg btl la gelangdangan nie yg bersalah..tp utk lain2 kes kebanyakkan..bg aku baitulmal yg berslh
Quote westaste1 15-9-2016 06:26 PM
kesian... kalau peminta2 sedekah yg benar2 memerlukan habis org dah xnk percaya lg...
Quote monsterwife 15-9-2016 08:26 PM
I pernah dealing with this kind of people lah.Bukannya Baitulmal or JKM tak nak tolong tapi memang dah dasar pemalas.Bukannya ada penyakit kronik pun.muda lagi.takkanlah pihak Baitulmal and JKM nak buat segala-galanya utk mereka.
Quote kumbang7 15-9-2016 08:29 PM
Mmg keji & hina gelandangan yg pemalas..xpadan dgn merempat lagi nk demand..pergi meninggal
Quote Sayaaa 15-9-2016 10:39 PM
i have pleasant experience with institution zakat here! thank u for everything! may allah bless
Quote L211 15-9-2016 11:43 PM
aku 20 thn lepas boleh laa derma kat dorg ni.. walaupun status masih belajar lagi, sekrg mmg tak derma dah kt org2 ni sbb tau dorg lagi berduit. aku stop derma kat KL tu tahun 2002 pasal satu kes, nampak dorg bukan main hebat shoppin.. better aku derma kat fakir miskin yg duk ceruk kampung much better
Quote Siput.Lala 16-9-2016 08:21 AM
Klu malas sangat duk penjara la, semua dah lengkap. Makan tido makan tido je.. Bangla lgi rajin
Quote loaoan 16-9-2016 08:46 PM

Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!


Quote mommymonster82 17-9-2016 11:28 AM
Dpt tahu ada org miskin yg dpt bantuan dr pjbt zakat pastu dorg akn sewakn or jual brg2 yg di sediakan tu....pjbat zakat bagi bantauan supaya dorg bekerja berniaga tapi xnak... pi jual or sewakan barang bantuan tu kat cina...

So sejak tu..kalu ada keluarga yg konon susah sgt n viral..me agak skeptikal...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051657 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top