CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Daging Manusia Ditemui Dalam Pembuatan Daging Burger, Usah Cepat Tertipu!

19-9-2016 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7055| Komen: 17|Original author: Oleh: Adib ZA




Daging orang Islam dimasukkan sekali dalam burger daging McDonald's?

Benarkah dakwaan tersebut? Mendengarkan sahaja sudah bikin rasa loya dan tak sanggup rasanya. Apatah lagi ia merupakan satu dakwaan yang sangat berat, daging manusia dalam daging burger?

Seorang netizen asalnya yang telah berkongsi link atau pautan dari sebuah laman web yang dipercayai bukan dari negara ini. 

Sambil menaikkan status yang berbaur penuh kemarahan, provokasi dan juga mungkin peringatan namun tanpa usul periksa tentang hal sebenar. 

"Alangkah bodohnya orang melayu beragama Islam yang bodoh sombong dan buta hati sudah hitam membusuk yang masih lagi membela dari makan minum di McDonald's cimpataan zionis..."


Begitulah antara yang dilontarkan. Sudah pasti ia mencetuskan keresahan dan juga kebimbangan di kalangan masyarakat melalui apa yang dikongsikan itu.

Namun, nampaknya pihak JAKIM lebih pantas bertindak apabila menaikkan satu status di laman web Bahagian Hab Halal, Jakim menafikan hal tersebut. 




"Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald's yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia.

"Perlu ditegaskan bahawa McDonald's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia."

Kesimpulannya, sudah berkali-kali diingatkan agar tidak terlalu 'ringan tulang' berkongsi maklumat yang viral tanpa usul periksa.

Natijahnya sudah pasti kepada masyarakat itu sendiri, selain membantu 'melingkupkan' pihak yang didakwa tanpa bukti kukuh. 

Sekiranya ada perkara yang anda musykilkan berhubung status halal, boleh sahaja terus ke laman web www.halal.gov.my atau pun menerusi aplikasi myjakim. - CARI
14

Bagus
13

Marah
22

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bob92 19-9-2016 06:17 PM
makan sajork..
Quote che_kembang 19-9-2016 10:10 PM
propa je..satu2 isu psl mcd ni
Quote sambaldurian 19-9-2016 10:11 PM
Rajin pulak mcd msia nk import daging burger israel. Fb x menahan letak gelaran Ir.
Quote Artemesiaa 19-9-2016 10:52 PM
Kecoh kat wassapps bila kita kata benda tipu ada pulak yang sentap, pada hal gigih mengepost sana sini tampa usul periksa tu sia2 je dapat dosa free sebab mengfitnah
Quote Joannalee 19-9-2016 10:54 PM
Slalu sgt viralkan bende yg merepek ntah dr mana sumbernye... Main tekan share je...
Quote sashabeepg 19-9-2016 11:12 PM
Quote HazeLJoseph 19-9-2016 11:27 PM
Ummah malaysia dengan hoax berpisah tiada..

Seminggubdua geng2 ni semangat boikot,hujung2 mengadap jua.

Iols mmg jarang makan fast food, sebab unhealthy high calories gituu
Quote JpA0606 20-9-2016 08:16 AM
hmmmmm....
Quote rosasa 20-9-2016 08:48 AM
akak, kalau dapat anugerah datin ke, ir ke, dr ke, tak nak akak letak kat fb username.. nampak bimbo
Quote kienot 20-9-2016 09:57 AM
Da bertahun boikit mcd... Ape ade hal dorang nk letak daging aoe sekalipun...
Quote kienot 20-9-2016 09:57 AM
Da bertahun boikit mcd... Ape ade hal dorang nk letak daging aoe sekalipun...
Quote nut.legacy 20-9-2016 11:08 AM
senang2 je nk maki org.. fakta yg belum confirm betul ke tidak... buat malu diri sendiri aje..
Quote jiji85 20-9-2016 11:16 AM
aku x paham apala krg dpt dgn viral bnda yg x betul @ x pasti mcm ni..alih2 sendiri melahap mcd jah..
Quote saladin780 20-9-2016 12:29 PM
ni ape ke bangang sgt punya IR ni..ori ke saja2 mencapub bubuh IR kat nama
Quote -electrifying- 20-9-2016 04:30 PM
xkisahlah ade dgg apa pon, mls nk amek port la
Quote yayangmama 22-9-2016 10:50 AM
ada terima gamba ni kat wasap...tp terus buang

sebab fikir sendiri...macam tak masuk akal aje

siap ada gamba body orang kena sembelih gitu
Quote Hafiz_19 24-9-2016 02:32 PM
tula diorang x siasat dulu sebelum viral

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.076087 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top