Oleh Izzah Abbasy
"Janganlah langgar pantang selepas bersalin, nanti bentan!" Selalu sahaja dengar ayat itu jika berpantang bersama ibu atau nenek dan moyang. Bukan apa, mereka terlebih dahulu makan garam berbanding kita, jadi sudah tentu mereka lebih arif bab pantang larang selepas bersalin. Bukan sahaja pantang daripada segi pemakanan, penjagaan dalaman dan tugasan rumah malah wanita berpantang daripada melakukan hubungan seks seeloknya sehingga genap 100 hari ataupun selepas tiga bulan. Secara normal pantang 44 hari sahaja tetapi ada yang berpantang selama 100 hari. Pantang lebih lama lagi bagus. Jika berpantang selama 100 hari ia membantu wanita mengembalikan bentuk badan kepada asal, memulihkan organ pembiakan, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Dipercayai jika berpantang tamat terlalu awal atau tidak dilakukan dan melanggar pantang dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya. Waktu inilah suami harus peka dan faham dengan situasi si isteri yang selama ini berperang dengan emosi dan kudrat mereka sewaktu sesi melahirkan bayi mereka. Jadi, suami perlu memberikan sokongan moral agar emosi isteri kembali pulih. Lelaki juga perlu tahu, kebanyakan isteri menjadi lebih dingin selepas melahirkan. Ini kerana... 1. Keletihan dan kelesuan daripada tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru. 2. Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan. 3. Menyusu badan menyebabkan cairan di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. 4. Malu dengan selulit selepas bersalin teruk di bahagian perut. 5. Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin. 6. Kerisauan mengenai kesan jahitan di bahagian bawah yang menyebabkan rasa untuk melakukan hubungan kelamin juga menurun. |
26
Bagus |
43
Marah |
18
Terkejut |
13
Sedih |
25
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT