Kecoh sejak dua menjak ini semua pengguna Facebook diminta untuk menukar menggunakan nama sebenar mereka di laman sosial Facebook.
Ia sebenarnya bukan sahaja menakutkan ramai pengguna di negara ini kerana menggunakan nama palsu, malah ia turut menjadi kontroversi di seluruh dunia. Masakan tidak, di kala Facebook mahu seseorang itu menggunakan nama asalnya, ada sekelompok individu yang tak mahu identiti asal mereka diketahui. Ini termasuklah golongan LGBT, pondan mahupun pengkid. Mereka mempunyai nama pilihan mereka sendiri dan tak mahulah dengan wajah ayu namun ditukar kepada nama asal mereka yang sudah jelas terang adalah nama lelaki. Ini adalah salah satu contoh golongan yang menentang penggunaan nama sebenar di laman sosial. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan isu keselamatan, privasi dan sebagainya. Bagaimana pun, pengasas Facebook itu sendiri, Mark Zukerberg berkata policy nama sebenar yang menjadi bualan hangat di laman sosial bukanlah bermaksud nama 'sebiji-biji' seperti dalam IC.
Ya, bukan semudah itu. Jika rakan anda memanggil anda dengan nickname atau nama timangan tertentu, sudah pasti itu turut boleh dipanggil nama sebenar anda. Yang menjadi kesalahan bukan nama sebenar, ialah menggunakan nama objek lain sebagai nama manusia. Tak perlu peningkan kepala dengan isu ini. Memang tak dinafikan ramai yang keliru dengan isu ini. Nak mudahkan pemahaman anda, lihat perkongsian mudah daripada netizen ini. Mudah, bukan untuk memahaminya? Berikut pula merupakan komen yang diberikan oleh netizen berhubung isu ini. Mungkin ada banyak kebaikannya bila menggunakan nama sendiri di laman Facebook. Tak perlu lagi berpura-pura dengan nama dan gambar palsu, sedangkan jari-jemari anda hebat bermain papan kekunci untuk menjadi 'keyboard warrior' yang sering membuat situasi jadi kelam-kabut dan huru-hara. Itu adalah salah satunya kelebihan polisi ini. Selebihnya, boleh tanya pada diri sampai bila ingin menggunakan identiti palsu ya? - CARI |
Ferr_Remy replied at 22-9-2016 10:51 PM
Tet salah. Klu ade yg report korg pakai nama tipu, FB deactivate profile korg pastu klu nak aktifkan ...
sayawifenikmie replied at 23-9-2016 12:04 AM
tettt ........ tak tepat... ada jer cara lain.
Inezkhalidi replied at 22-9-2016 08:23 PM
Fancynya bagi nama anak Nokia... Nasib tak ada nama Alcatel.
ADVERTISEMENT