Oleh : Dean BZ Solok Lada atau Lada Sumbat adalah sejenis makanan kegemaran kebanyakkan penduduk pantai timur Malaysia. Solok lada dibuat daripada lada besar hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu atau nasi berlauk. Jika solok lada ala Kelantan biasanya akan rasa sedikit manis manakala ala Terengganu akan rasa sedikit masin. Jadi anda boleh lah tambah garam atau gula sesedap rasa mengikut citarasa sendiri. Kepada yang teringin nak cuba membuat solok lada, bolehlah ikut cara-cara dibawah. Resepi dipetik dari janahazana.blogspot.my.
Bahan-bahan : 15 biji Cili besar 1/3 biji Kelapa ditumbuk 1-2 cawan santan separa pekat 2 ekor ikan rebus siang buang tulang. Ditumbuk 3-4 biji Bawang merah ditumbuk 1/2 sudu kecil Lada hitam ditumbuk Sedikit Halia ditumbuk 2-3 helai Daun pandan Gula dan garam Cara-cara membuat solok lada : Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak Siap untuk dimakan bersama nasi. Memang sedap! - CARI |
26
Bagus |
14
Marah |
26
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT