Tercetus pertelingkahan antara seorang ibu dengan netizen hanya kerana ibu terbabit bertindak mewarnakan rambut anaknya. Mary Thomaston yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat, kebelakangan ini sibuk berkongsi gambar gaya rambut yang direka oleh dirinya ke atas anak perempuannya, Lyra yang berumur 6 tahun di laman instagram. Paparan gambar menunjukkan, seluruh rambut Lyra diwarnakan dengan warna hijau, rambut di sebelah kanan kepalanya dibotakkan dan diwarnakan dengan warna ungu dan kuning, dan hasilnya anaknya kelihatan seperti seekor Unicorn yang berwarna-warni. Sebagai seorang pereka rambut, Mary berpendapat, gaya rambut tersebut dari segi warna dan rekaan semuanya adalah idea asal anaknya, dan anak perempuannya amat menantikan saat menyelesaikannya.
Tanpa diduga, tindakan Mary dikecam oleh netizen, ada yang bimbang perwarna yang digunakan itu akan mendatangkan kesan buruk ke atas anaknya, sekaligus menjejaskan kesihatan dan tumbesaran Lyra. Ada juga netizen beranggapan ibu berkenaan sanggup menjadikan anaknya sebagai alat permainan dan membiarkannya duduk di kerusi dalam tempoh masa yang panjang. Geram dengan kecaman yang sesuka hati, Mary menjelaskan pewarna yang digunakan bukanlah pewarna yang kekal lama, jadi warna yang diwarnakan pada rambut anaknya itu akan luntur mengikut peralihan masa, lagipun rambut sebenarnya akan semakin hari semakin tumbuh, tiada yang perlu dirisaukan. Mary juga menyatakan, "anak sepanjang masa duduk adalah kerana dia hendak proses mewarnakan rambutnya itu segera diselesaikan, dia asyik tanya bilakah akan siap, sambil dia main komputer tabletnya sehinggalah siap rambutnya diwarnakan." "Dia tidak dipaksa membuat perkara yang tidak disukainya, dia seorang anak yang comel, tapi saya tidak pernah anggap dia sebagai alat permainan" Adakah pihak sekolah benarkan gaya rambut sedemikian? Mary berkata, dia telah mendapatkan nasihat pihak sekolah sebelum mewarnakan rambut anaknya, bagi memastikan tiada melaggar peraturan cara pemakaian yang ditetapkan pihak sekolah, dia berpendapat gaya rambut itu adalah cara Lyra meluahkan perasaan dirinya. Disebabkan terlalu banyak komen yang negatif, Mary memilih menjawab terhadap mereka yang mengecam secara tulisan, dengan mengatakan apa yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri anaknya, sekaligus membolehkan anak meluahkan perasaan dalam hatinya secara bebas. " Apabila anak saya meminta saya mewarnakan rambutnya dengan warna biru, saya akan beritahunya, saya suka pilihannya kerana ianya sangat cantik." " Saya tidak tahu macam mana anda mendidik anak, tetapi sila tinggalkan pandangan yang anda tidak suka pada diri sendiri, dan bukan kepada anak saya. Awak tidak suka biru, anda cakap terus terang saja, awak tidak suka rambut jenis pelangi, suarakan, anda mempunyai hak untuk luahkan pandangan anda, tetapi jangan mengkritik anak saya." " Tiada yang lebih cantik berbanding dengan senyuman Lyra yang penuh berkeyakinan diri, dia suka pada dirinya, dia kelihatan sangat gembira, rambutnya tetap tumbuh dengan sihat, macam ini masih tidak mencukupi lagi ke? " - CARI |
25
Bagus |
11
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 26-9-2016 05:26 PM
iols dok verangan la nak kaler rambut camtuh.. tapi kerna bimbang dihencap acik-acik kopam, iols pen ...
Themilo replied at 26-9-2016 05:26 PM
iols dok verangan la nak kaler rambut camtuh.. tapi kerna bimbang dihencap acik-acik kopam, iols pen ...
ADVERTISEMENT