CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelbagai Kebaikan Limau Gedang Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

26-9-2016 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13083| Komen: 24


Oleh : Dean BZ


Buah Limau gedang atau juga dikenali (grapefruit) adalah sejenis buah-buahan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Limau gedang dipercayai berasal dari Jamaica dan disebabkan bentuknya, kadang kala ramai terkeliru antara buah limau gedang dengan buah limau bali.

Buah limau gedang ini kurang sedap jika dimakan begitu sahaja, ia jauh lebih sedap jika dibuat jus atau dimakan bersama sebuk asam boi. 

Banyak manfaat Limau Gedang untuk kesihatan antaranya membantu mengurangkan masalah keletihan, demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan, antiseptik untuk luka dan banyak lagi.

Berikut pula adalah 5 manfaat kecantikan yang menakjubkan daripada buah limau gedang, dipetik dari Akedemi Flora:


Kredit foto - jelita.com.my


1. Mencegah Penuaan
Potassium dalam limau gedang membantu melicinkan garis-garis halus dan kedutan, dengan itu membantu mendapatkan kulit yang kelihatan lebih muda. Ia juga menyediakan perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya daripada matahari, dengan itu memastikan bahawa kerosakan daripada matahari dikurangkan.

2. Meningkatkan Pembentukan Kolagen
Untuk kulit kelihatan lebih muda, tegang dan cantik, adalah penting untuk memastikan bahawa pembentukan kolagen yang sihat dan keanjalan semula jadi kulit dikekalkan dengan baik. Limau gedang membantu banyak dalam hal ini, terima kasih kepada kandungan Vitamin A dan C yang tinggi, yang meningkatkan pembentukan kolagen.

3. Melawan Kelemumur
Ekstrak biji limau gedang boleh digunakan untuk disapu kepada rambut dan kulit kepala, untuk mengurangkan kelemumur dan membersihkan folikel yang tersumbat, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Menjadikan Kulit Lebih Lembut
Bersama-sama dengan Vitamin C, limau gedang juga kaya dengan asid amino yang menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Anda boleh menggunakan limau gedang sebagai mask muka semulajadi di rumah untuk mendapatkan manfaat terbaik.

5. Membantu Sekatakan Tona Kulit
Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mengalami masalah jerawat, benar-benar boleh bergantung kepada limau gedang untuk pembersihan dan mendapatkan tona kulit muka yang sekata. Ia secara semula jadi meningkatkan pH kulit dan membantu dalam mengurangkan jerawat, dan juga membersihkan liang muka untuk memberikan anda kulit yang lebih baik. Ia turut membantu mencegah tona kulit yang tidak sekata.

Selain itu, ia juga mengandungi lycopene (yang hadir dalam tomato juga), yang membantu melawan kanser. - CARI 

40

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
26

Sedih
30

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redxzangler 27-9-2016 12:22 PM
Bagus ni..mane nak dapat?
Quote ipes2 28-9-2016 03:21 AM
eh limau gedang ni limau apa ek?
i ni darat sket
Quote mirandanicky1 29-9-2016 09:32 AM
Sedapp ni kt isetan atau cold storage ada
Quote SalenaGomez 29-9-2016 10:52 PM
redxzangler replied at 27-9-2016 12:22 PM
Bagus ni..mane nak dapat?

Biasa je jumpa kat giant tesco..limau ni besar skit dr orange...bau dia sedap...cuma kalau.makan gitu masam amat
Quote xyhxxy 30-9-2016 12:03 PM
sedap. suka makan buah ni
Quote fishcracker 4-10-2016 03:58 AM
Limau gedang ni rase limau bali pun ade kekadang,nak beli pilih yang agak berat sebab lebih jus
Quote Super-M 4-10-2016 06:19 AM
ipes2 replied at 28-9-2016 03:21 AM
eh limau gedang ni limau apa ek?
i ni darat sket

Limau gedang ni grapefruit.

Kalau org pikir grapefruit dgn blood oranges benda yg sama. Ekceli berbeza. Grape fruit ni cair warna dia manakala blood orange ni distinctive dark flesh colour sbb ada anthocyanin (alamak gitu kot eja dia.. Bunyi mcm tu lah)aritu baru buat sikit kajian pasal buah2 masa anak sm sibuk pow segala buah dlm buku dia.  
Quote Super-M 4-10-2016 06:28 AM
G la cameron highland ada buah ni kat pasar dia.Manis,besar.1kg rm10.

Kat aeon ada gak sebiji rm8..jgn salah amik blood orange.blood orange saiz tak besar dan pekat merah dia
Quote ipes2 6-10-2016 03:04 PM
Super-M replied at 4-10-2016 06:19 AM
Limau gedang ni grapefruit.

Kalau org pikir grapefruit dgn blood oranges benda yg sama. Ekceli ...

ooooh gitu jazakillah Super-M.

Quote jazaa100 8-10-2016 10:49 PM
Super-M replied at 4-10-2016 06:28 AM
G la cameron highland ada buah ni kat pasar dia.Manis,besar.1kg rm10.

Kat aeon ada gak sebiji rm8 ...

Kau bior betul super-m...

Aku ingt lg....dulu kwn aku kata klu nk kurus, amalkn minum jus grapefruit setiap pg....

Aku pun terjah ke giant beli grapefruit lah....niat hati nk amik pagi & mlm...
Nk lg cepat kurus....

Mana ada manisss.....pahit giler....sekali pun aku tak larat nk habiskn....sampai skrg tgok buah tu, aku fobia....


Quote Super-M 9-10-2016 06:35 AM
jazaa100 replied at 8-10-2016 10:49 PM
Kau bior betul super-m...

Aku ingt lg....dulu kwn aku kata klu nk kurus, amalkn minum jus grape ...

Mmg... Dia kan sbenarnya mcm limau bali sikit. Limau bali pun ada yg terasa amat pahit, ada yg tidak.. Kalau beli yg betol2 sedap dalam manis tu ada sikit rasa pahit, tp bukan pahit sgt. Kalau x xda lah rajin bebeno omputih buat grapefruit ni sbgai jus dan masukkan dalam salad.

The way nak neutralize kan bitterness dia adalah sprinkle a bit salt pada buah tu. Buah ni kalau tgk tv dia ada kajian cakap september to april rasa dia akan menjadi sangat pahit.. Dan cara nak makan, buat salad, atau jus.. Xda org makan terus mcm limau biasa tu.. Biasanya potong xboleh dan kena buang membrane buah ni.. Sbb tu yg buat dia bertambah pahit.. Tp xda lah kot pahit mana. The pink one rasa dia more sweeter and less tangy. Kalau pg cameron boleh pg kat kedai acik india, kat pasar  yg malam2. Tapi bukan ko je kena ada yg pahit ada yg x.. Omputih pun sama ada yg xsuka, ada yg suka. Ada yg ckp pahit banyak, ada yg cakap masam. Mcm aku makan Sedap je.

Tips aku tgk,  kalau makan benda yg ada manis dan pahit... Letak sikit garam dia akan buat benda tu more sweeter. Sama mcm coffee kalau letak a little salt in coffee while brewing dia akan jd lemak manis dan kurg pahit. Some of barista buat coffee untuk cut rasa xsedap tu diaorg akan boh sikit baking soda atau sikit garam. Tips ni melambak je, ada sorg forummer laki dia org france pernah cite pasal ni. Sejak situ aku blaja dan selidik.
Quote jazaa100 9-10-2016 07:02 AM
Edited by jazaa100 at 9-10-2016 07:04 AM
Super-M replied at 9-10-2016 06:35 AM
Mmg... Dia kan sbenarnya mcm limau bali sikit. Limau bali pun ada yg terasa amat pahit, ada yg tid ...


Oooo...TQ Super-M...

Byk info aku dpt dari kau.  Dulu aku perah je grapefruit tu....berat aku 56kg masa tu..apa je org ckp blh kuruskn bdn aku buat...nk kurus cepat...

Pasal kopi tu aku nk cuba lah....mana tau klu sedap kopi aku blh bukak warong kopi...





Quote Super-M 9-10-2016 07:13 AM
jazaa100 replied at 9-10-2016 07:02 AM
Oooo...TQ Super-M...

Byk info aku dpt dari kau.  Dulu aku perah je grapefruit tu....berat aku ...

Alah.. Aku pun bukan ilmu aku, ilmu org. Hihi..

Try lah kopi tu, jgn tlampau bnyak.. Nnti masin rasa pelik. Nk try blaja boleh kat utube. Kang dh bukak kedai kat johor harap jemput, leh kita sama2 hantar sikit kat abam peyno sekali   
Quote jazaa100 9-10-2016 07:24 AM
Super-M replied at 9-10-2016 07:13 AM
Alah.. Aku pun bukan ilmu aku, ilmu org. Hihi..

Try lah kopi tu, jgn tlampau bnyak.. Nnti masi ...

Ha..ha...peyno..

Dah mengecut telur jawa totok tu....
Quote ipes2 18-10-2016 03:19 AM
jazaa100 replied at 9-10-2016 07:24 AM
Ha..ha...peyno..  

Dah mengecut telur jawa totok tu....

Eh kemana Peyno ek?
Lama tak nmpk
Quote jazaa100 18-10-2016 08:29 AM
Edited by jazaa100 at 18-10-2016 08:38 AM
ipes2 replied at 18-10-2016 03:19 AM
Eh kemana Peyno ek?
Lama tak nmpk


Dah kena tampor dgn TMJ agaknya Dr...



Tu lah...org kata sbb mulot bdn binasa,

Kan ada thread pasal dia kena angkut sbb mghina TMJ......





Quote ipes2 18-10-2016 10:13 PM
jazaa100 replied at 18-10-2016 08:29 AM
Dah kena tampor dgn TMJ agaknya Dr...

  

Biya benar Kak!!!
Ada betul ek???
Kak main main je lah!!! tak kan la!!
kena angkut?? tak caya!!

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038537 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top