CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rumah Tangga Menanti Belah Bila Muncul 15 Tanda Ini

27-9-2016 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7370| Komen: 17

Oleh Izzah Abbasy

Kisah yang menjadi viral di laman media sosial hari ini banyak memberi pengajaran kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Namun, realitinya jika hubungan yang dibina tiada kata sepakat dan hilang pertimbangan untuk bertolak ansur antara satu sama lain, ia tetap goyah juga.



Ditambah pula kecurangan salah seorang kerana muncul orang ketiga, sudah pasti rumah tangga sukar untuk diselamatkan lagi.

Justeru, buat anda yang sudah berumah tangga mahupun baru mengimpikan mahligai cinta ini, perkongsian 15 tanda rumah tangga mula retak supaya wanita lain di luar sana “aware” dengan keadaan rumah tangganya.

15 Tanda Rumah Tangga Mula Retak

1) Telefon masing-masing menjadi asing sampaikan anda tak tahu pasangan ada nombor telefon yang lain. Terdapat sms yang bernada mesra di dalam inbox telefon pasangan anda. Atau, inbox dan sent items sentiasa kosong walaupun memory card tidak full. Malahan pasangan juga akan memarahi sekiranya anda meneliti telefon bimbit mereka.

2) Pasangan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook, group Whatsapp dan lain-lain lagi. Kekerapan pasangan dengan laman sosial melebihi jumlah kebersamaan anda dengan mereka.

3) Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.



4) Tiada lagi ungkapan kasih sayang atau panggilan mesra seperti sebelum ini. Pasangan juga semakin acuh tak acuh kepada anda. Hubungan intim semakin berkurangan, sebulan mungkin dua, tiga kali.

5) Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan. Sikapnya di rumah juga semakin dingin dan kurang mesra. Mahukan kebebasan sendiri.

6) Suka memarahi, memburuk-burukkan dan menjatuhkan air muka pasangan di hadapan orang lain terutamanya pihak keluarga. Pasangan juga tidak mahu mengalah sekiranya berlaku persengketaan. Tiada segan silu menceritakan keburukan pasangan kepada orang luar.

7) Gagal menjadi seorang pendengar yang baik! Percaya atau tidak hubungan yang mesra sebenarnya bermula daripada komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan rumahtangga.

8) Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.



9) Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana, mengapa pulang lewat dari pejabat dan sering keluar ‘outstation’. Perasan dia mulai suka lepak hingga lewat malam dengan kawan-kawan?

10) Pertengkaran sering terjadi meski pun ianya cuma disebabkan oleh masalah yang kecil. Ada sahaja kesilapan yang cuba diselongkar oleh pasangan untuk mencetuskan api pergaduhan sehinggakan kedua-dua belah pihak merasa lebih baik ketika tidak bersama.

11) Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan. Sejujurnya apabila anda merasa lebih tenang bersama orang lain berbanding pasangan, ini bererti rumahtangga anda benar-benar semakin retak.

12) Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan. Pasangan tak jaga badan, pasangan tak pandai masak, pasangan mengabaikan, sebenarnya kamu mencari alasan untuk mencari yang lain.

13) Tidak selesa untuk keluar bersama. Jika ingin keluar bersama, cuba mencari tempat-tempat yang tak ramai orang, rahsia dan tersorok. Lebih suka main sms atau telefon daripada berbual bersama. Mahu pulang ke rumah dengan segera.

14) Mula berkeras dengan pasangan, Naik tangan dan maki hamun. Malahan rumahtangga akan semakin retak sekiranya kalian berdua saling melontarkan bahasa yang kasar dan menyakitkan.

15) Dulu sejam berpisah dah rindu, kini asyik panas bila bersama. Sampai tidak boleh tengok muka masing-masing rasa nak marah. Lebih selesa tidur bersendirian atau mengelak daripada berjumpa. Rasa sakit hati kalau tengok wajah pasangan. Sudah tidak mahu berusaha lagi untuk baikkan hubungan. Rasakan lebih baik berpisah dari hidup bersama.

Semoga dengan perkongsian ini, kedua-dua belah pihak, si suami dan isteri bersama-sama memperbaiki hubungan dan berbincang jika salah seorang daripadanya menunjukkan perubahan seperti di atas.


Sumber : Babab.net
 

10

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redxzangler 27-9-2016 12:21 PM
Batu belah batu bertangkup.
Quote blackwidowbae 27-9-2016 12:41 PM
Lebih baik sindirik daripada berada dgn seseorg yang otak nyer di tempat lain badan je dgn kita..

Ini quote sape ntah makcik tlg translate kan jek
Quote zulka 27-9-2016 02:28 PM
OK..mcm dah ada sket....
Quote bintun 28-9-2016 01:16 AM
zulka replied at 27-9-2016 02:28 PM
OK..mcm dah ada sket....

ok... dh ada smua...
Quote zulka 28-9-2016 09:06 AM


senasib

Quote sabar_sabariah 28-9-2016 11:10 AM
nak citer pasal hubungan sendiri, baru kahwin 3 thn.
tapi kalau nak komen pasal hubungan parents aku yg dah lebih 30thn,
dah lebih dari retak menanti belah
since zaman aku sekolah lagi dah berantakan
masa tu aku rasa penceraian ni satu benda yg menakutkan
terbayang gejala sosial yg berlaku disebabkan keluarga yg porak peranda
(modal isi karangan sekolah)
tp bila dah dewasa dan berumah tangga
pada keadaan tertentu,
itulah jalan yg terbaik
bila masing2 dah tiada persefahaman
bapak aku rasa dia selamanya di pihak yg betul
mak aku plak jns simpan dlm hati, tak meluahkan apa yg tak puas hati

anak2 semua dah besar
sampaikan aku ckp kat mak aku
"kalau mak berpisah dgn abah,
jgn risau.. aku ada.. aku mampu tanggung mak"
Quote hanie_z 28-9-2016 11:52 AM
In relationship, communication sgt2 penting.
Tapi selalunya bila dah berpasangan, tendency utk jaga hati pasangan tu tinggi.
Last2 masing2 memendam and refused to talk to each other.
Quote sebu 28-9-2016 02:04 PM
Naudzubillah minta dijauhkan
Quote estrelle 28-9-2016 09:07 PM
Kalo dah tak suka watpe disimpan lagi,mintak cara baik,pulang cara baik.gituh.
Quote Wiinnn 28-9-2016 10:22 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote bintun 28-9-2016 10:27 PM
estrelle replied at 28-9-2016 09:07 PM
Kalo dah tak suka watpe disimpan lagi,mintak cara baik,pulang cara baik.gituh.

nsib baikla klu pulang cara baik... klu xpulang n buat bodo survive la ko sdiri.... lg haru kan?  tp most of d cases nowadays gitula... pndai ko la nk hidup... dump kta mcm sampah...
Quote Lagubestbest 28-9-2016 11:06 PM
Pasangan main video chat skrg. Time drive pun boleh kejap2 tgok skrin fon masing2. BIGO LIVE APP.. Selain ada awek2 urban sexy macam biasa, tetibe ada Paknil gak.
Quote terma2nkondisi2 30-9-2016 12:18 AM
hanie_z replied at 28-9-2016 11:52 AM
In relationship, communication sgt2 penting.
Tapi selalunya bila dah berpasangan, tendency utk jaga ...

yep.. komunikasi la kuncinya

cer tengok pasangan yg amalkan open relationship.. dah tetapkan awal2 terma-terma dan kondisi-kondisi hubungan diorg.. rilek2 je kalau pasangan berhubungan secara seksual dgn org lain.. tak berantakan pun rumahtangga diorg
Quote makbedah 30-9-2016 01:51 PM
sabar_sabariah replied at 28-9-2016 11:10 AM
nak citer pasal hubungan sendiri, baru kahwin 3 thn.
tapi kalau nak komen pasal hubungan parents ak ...

Sama lah ngan parents I. My mum kesian, selalu kena hina ngan mulut her mum in law, bila report kat my dad in denial.
So, I selalu ckp kat my mum"Kalau cerai, tak per. I am here for u"... Gitewwww
Quote sabar_sabariah 30-9-2016 02:06 PM
makbedah replied at 30-9-2016 01:51 PM
Sama lah ngan parents I. My mum kesian, selalu kena hina ngan mulut her mum in law, bila report ka ...

kekadang mak aku dah tak tahan sangat
dia meluahkan perasaannya kat aku sampai nangis2
aku ckp,"nape tak cakap direct dekat empunya diri.
dia tak tahu salah dia. sampai bila pun tak berubah"
tapi mak aku kata, "buang masa je cakap. takkan berubah punye la"
betul jugak...
dari mula kawin, dah 30 thn
tak mungkin sesenang itu nak ubah sikap buruk kan
last2 aku ckp,"kalau dah tak boleh sangat, cerai jelah.
hati pun tak sakit..."
mak aku diam je...

satu hari mak aku penah cakap,
"kalau ko ada rumah sendiri, boleh jugak mak tumpang kalo2 ada pape jadi"
(sekarang aku menyewa je)
since then, aku tanam niat nak beli rumah
biar kecik pun takpe
janji ada rumah sendiri
Quote trisnalovezul 30-9-2016 03:17 PM
namun coba ubah..kalo kita yang mulakan dulu untuk berubah insyaAlloh laki kita akan buka mata dan sadar akan kesilapan dia walaupun sebenarnya dia yang harus berubah bukan kita. n berubah bukan bermakna kita kalah..ini yang aku amalkan.sekarang lihat somiku asyik mau sama aku ga mau berpisah katanya akulah cintanya yang terakhir.
Quote Seungupurple 8-10-2016 02:17 PM
org tak khawin sibuk nk tny bila nk khawin,haish zmn sekrang khawin pn byk yg bcerai makcik bedah semah oii

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.186830 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top