Oleh : TS LOO Satu pengalaman beristirehat yang terkini bakal dirasai ketika anda berada di Amerika Syarikat! Mercu tanda terbaru yang dinamakan Vessel telah diumumkan pada 14hb September lalu. Bentuk luarannya seperti bakul rotan gergasi atau honeycomb, dalamannya terdapat sebanyak 154 tangga yang saling bersilang dengan mempunyai 2500 anak tangga, seumpama bilik senaman bersuasana hutan. Mercu tanda terbaru itu terletak di Hudson Yards yang bertempat di Manhattan, New York, rekaannya oleh pereka terkenal dari Britain iaitu Thomas Heatherwick yang berumur 46 tahun. Ianya mempunyai ketinggian sebanyak 15 tingkat, dengan kos pembinaan yang berjumlah lebih AS$1.5 billion atau bersamaan kira-kira RM6.2 billion dan akan siap pembinanya pada tahun 2018. Heatherwick gemar membuat rekaan bangunan yang besar dan lain daripada yang lain bentuknya termasuk pentas obor untuk Temasya Olimpik di London. Dia pernah menyatakan sebahagian idea mercu tanda tersebut datang daripada Stepwells di India. Oleh kerana terdapat 2500 anak tangga di dalamnya, ianya bakal menjadi suatu tempat yang terbaik untuk warga kota New York melakukan senaman.- CARI sumber info: www.mnn.com
|
5
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ISTRIMITHALI replied at 27-9-2016 07:13 AM
mcm mane yg dimaksdukan dengan suasana hutan?
ISTRIMITHALI replied at 27-9-2016 03:13 PM
mcm mane yg dimaksdukan dengan suasana hutan?
ADVERTISEMENT