oleh Adib Za Wanita dan penggunaan pelembap pada kulit, terutamanya losyen badan sememangnya tersangatlah sinonim.
Bagaimanapun, keadaan kulit setiap orang adalah berbeza, misalnya mereka yang memiliki kulit kering harus memakai losyen dengan lebih kerap berbanding mereka yang memiliki kulit normal dan juga berminyak. Namun, harus diingat apa pun jenis kulit badan anda, ia tetap memerlukan pelembap! Jangan sesekali mengabaikan penggunaan pelembap ini pada kulit badan. Terutamanya bagi anda yang kerap bercukur dan melakukan skrub pada kulit. Ia boleh menghilangkan minyak semula jadi pada kulit anda. Pelembap pula berfungsi melembap dan juga melindungi kulit anda agar kembali normal. Hebatkan fungsinya? Bukan sebarangan! Nah, khas untuk anda yang menggunakan losyen badan, kami sertakan tips yang boleh anda aplikasikan agar penggunaan pelembap tersebut semakin efisien pada kulit!
1. Sapukan losyen pada tangan dan kaki setiap hari selepas anda mandi. Sapukan losyen ketika kulit anda masih lembab dan juga sedikit basah. Cara ini membantu losyen melindungi kulit dengan lebih lama. 2. Anda boleh memakai losyen pada tangan dan juga kaki pada bila-bila masa yang perlu misalnya sebelum keluar rumah atau selepas mencuci tangan. Mencuci tangan misalnya membantu anda jauh daripada bakteria namun ia juga mengeringkan kulit. Oleh itu jangan lupa sapukan losyen. Begitu juga ketika di pejabat, pakailah losyen dengan kerap kerana penghawa dingin boleh mengeringkan kulit anda tanpa sedar! - CARI |
17
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
green~tea replied at 29-9-2016 10:58 AM
i pakai body oil je... confirm takde chemical.. hihi.. beli jenis almond oil ke, coconut oil ke, arg ...
zara78 replied at 4-10-2016 03:18 PM
yg ni ke sis?
green~tea replied at 6-10-2016 03:02 PM
i beli yang camni.. online pun ada tp cam mahal sket la.. kalo ada members gi oversea yang ada ...
zara78 replied at 7-10-2016 10:05 AM
kt mner nk beli? kt mall ada jual x?
makkenits replied at 4-10-2016 04:09 PM
ada staf pompuan dok merungut kat aku kulit dia kering.. x mcm kulit aku yg nampak ok je.. aku suruh ...
antara replied at 5-10-2016 02:37 PM
sajes sikit lotion yang wangi dan tak berlendir bila kene air...
so far saya pakai bath&body work.. ...
ADVERTISEMENT