CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Takut Nak Bersalin Bila Dengar Pengalaman Kawan-Kawan

28-9-2016 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12809| Komen: 65



Memasuki usia kandungan hampir sembilan bulan, pelakon Nad Zainal bakal melahirkan anak sulungnya dijangka pada Oktober depan.

Menurut mStar Online, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26 mengakui berasa gementar menantikan saat-saat kelahiran itu apabila mendengar pengalaman menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak.

"Sekarang kandungan sudah masuk lapan bulan dan pada tahap ini perasaan gementar dan takut itu mula timbul.

"Rasa takut untuk melahirkan anak itu memang ada apatah lagi selepas mendengar pengalaman rakan-rakan sebelum ini.

"Bagaimanapun perasaan itu mungkin hanya sementara kerana ini adalah pengalaman pertama saya," katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Nad juga memberitahu kemungkinan bayi yang dikandung adalah lelaki.

"Insya-Allah saya akan melahirkan bayi lelaki dan persiapan semua sudah pun dibuat untuk menyambut kelahirannya. Perasaan teruja menanti kelahirannya memang terasa dan berharap semuanya dipermudahkan nanti.

"Saya pun sekarang banyak membaca sebagai persediaan bergelar ibu dan keluarga suami juga banyak membantu dalam memberikan info berguna," ujarnya.

Terdahulu, Nad Zainal dan Muhammad Faliq memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada Desember 2015 setelah saling mengenali hampir lapan tahun. - CARI


9

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyDiddy 28-9-2016 11:37 AM
Comeynya pewot dia.. Chayok2 nad
Quote darkchoc 28-9-2016 11:39 AM
Setiap org pengalaman bersalin tak sama.
Quote hanna88 28-9-2016 11:45 AM
Kalo dengo cite orang bersalin mmg macam2..tapi memang takde sape pun kata bersalin tu tak sakit haha..memang sakit tapi rasa bahagia bila tengok baby lepas tu
Quote fishcracker 28-9-2016 11:55 AM
good luck nad...u can do it yeahhh
Quote banana_hangus 28-9-2016 12:31 PM
teran je. tarekkkk napas pepanjang
Quote -electrifying- 28-9-2016 12:54 PM
yg ko gi tnye wtpe, dh taw dr dlu lg beranak xde nya yg xsakit
Quote barfi 28-9-2016 12:55 PM
Sakit melahirkan tu menyuci segala dosa dan noda.

Semoga dipermudahkan.
Quote hotmak 28-9-2016 01:04 PM
Kalau tak sakit bukan bersalin lah nad oii, doa byk2 agar dipermudahkan
Quote MengkuduMasam 28-9-2016 01:35 PM
nak berak pun saket... inikan pulak beranak...

kalo takut xyah laa pi buat anak.... haiyooo
Quote rosasa 28-9-2016 01:38 PM
semoga dipermudahkan nad

bakalan tred ni akan jadi perkongsian pengalaman ibu2 di forum melahirkan
Quote monreyes 28-9-2016 01:40 PM
x nak sakit..operate je la...abis citer
sediakan shj ongkosnya...
skrg kan boleh dpt 4 anak kalau operation...
Quote nolya 28-9-2016 03:01 PM
Sakitnya sang ibu  ketika akan melahirkan mempunyai hikmahnya tersendiri dan erti yg cukup mendalam.  Maklum, untuk mengeluarkan satu anak manusia dari pintu rahim yg sempit  tentulah sakitnya tidak kepalang. Bagaikan akan terlerai tulang belulang dan putus segala urat ditubuh badan.  Bila difikir2, patutlah Allah melarang anak2 menderhakai kpd ibu2 mereka, itulah sebabnya.  Ibu bertarung nyawa serta menahan sakit  berjam2 sewaktu anak mau dikeluarkan,  tak ada ucapan paling sempurna yg dpt diungkapkan.  Sudahlah sewaktu  menghamili selama 9 bulan, segala karenah dan dugaan penyakit  harus juga dilalui.  Subhanallah, begitulah besarnya peranan seorang ibu yg tak ada sesiapa  dpt ganti merasakannya, kesakitan dan kebahagian kerana seorang anak.

Kepada sang anak, "pada mu ada kebahagiaan ibumu,  maka jangan engkau musnahkan kebahagiaan itu".  Kelak satu hari anak itu akan merasakannya juga, mewarisi peranan ibuayahnya,  maka asaskan kebahagiaan itu seawal mula.  Sesungguhnya redha Allah  itu dgn adanya redha orangtua.  InsyaAllah.....  







Quote DeeHanania 28-9-2016 03:06 PM
Edited by DeeHanania at 28-9-2016 03:08 PM

Jgn laa takut,itulah pengalaman termanis sbagai seorg ibu...nak x nak kena hadapi jgak...yg penting prbnykkan berdoa...Insya'Allah...jgn lepas beranak nie,tringin nak mengandung&branak lagi...   
Quote jejaka00 28-9-2016 03:12 PM
MengkuduMasam replied at 28-9-2016 05:35 AM
nak berak pun saket... inikan pulak beranak...

kalo takut xyah laa pi buat anak.... haiyooo

i berak syok aje rasanya xsakit pun
Quote lolali 28-9-2016 03:20 PM
DeeHanania replied at 28-9-2016 03:06 PM
Jgn laa takut,itulah pengalaman termanis sbagai seorg ibu...nak x nak kena hadapi jgak...yg penting  ...

saya trauma
Quote zu_nia 28-9-2016 03:23 PM
-electrifying- replied at 28-9-2016 12:54 PM
yg ko gi tnye wtpe, dh taw dr dlu lg beranak xde nya yg xsakit

Kadang2 kita x tanye pun tau ada yg kepochi pegi cite dari A to Z ha kisah dia dari anak sampai 1st sampai la sekian..
Quote RatuDunia94 28-9-2016 03:25 PM
jangan pikirkan sakitnya.... pikirkan sedap semasa membuatnya..
Quote -electrifying- 28-9-2016 03:54 PM
zu_nia replied at 28-9-2016 03:23 PM
Kadang2 kita x tanye pun tau ada yg kepochi pegi cite dari A to Z ha kisah dia dari anak sampai 1s ...

Hahaha itu xleh nk wat pe la kan, tadah jela tinge tu dgau
Quote Peaches113 28-9-2016 04:09 PM
Sakit beranak ok lagi. Seksa menahan lapar, sakit tubuh dalam pantang & nak mbesarkan anak sampai 1tahun tu yg lagi mencabar.

Apapun, semoga dipermudahkan nad

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.344802 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top